Saturday, December 04, 2010

Pengetahuan asas tentang BROADBAND, WIMAX dan YES dalam Ubuntu

Internet telah berubah daripada 'aksesori tambahan' menjadi 'barang keperluan' kepada kehidupan moden kini dan saya suka kalau kerajaan menetapkan harga syiling bagi tarif untuk setiap Megabyte data yang dibekalkan kepada pengguna meskipun ianya bukan dalam kategori bahan mentah!

Err.. Ok, terus ke topik perbincangan.

Bagi pengguna ubuntu, sebelum anda subscribe kepada mana-mana ISP dalam bentuk apa sekalipun, anda pastinya dan saya menasihatkan anda memikirkan adakah produk yang ditawarkan oleh sesebuah syarikat perkhidmatan internet itu boleh digunakan dalam Ubuntu. Tidak semua produk ini dibangunkan dengan memikirkan bahawa terdapat pengguna yang menggunakan sistem operasi ubuntu yang berminat untuk melanggan produk mereka.

Lalu bagi pengguna ubuntu yang masih baru atau tidak terdedah kepada maklumat sebegini biasanya mereka akan melanggan sesuatu produk itu terlebih dahulu kemudian memenuhkan topik di forum tentang bagaimanakah untuk menggunakan internet tersebut dalam ubuntu. Memikirkan kemungkinan ini, saya menulis topik ini untuk menolong pengguna ubuntu yang masih baru supaya dapat membekalkan mereka pengetahuan asas yang diperlukan sebelum memilih mana-mana produk perkhidmatan internet di pasaran.

Pembekal Produk Internet di Malaysia dan Ubuntu

Streamyx oleh TM

Menggunakan streamyx dalam ubuntu memang sangat mudah. Berdasarkan pengalaman saya, juruteknik TM yang datang memasang streamyx di rumah pelanggan akan menyiapkan semuanya dan pelanggan hanya perlu cucuk ayar LAN ke komputer dan internet terus boleh digunakan. Pelanggan juga dibekalkan dengan maklumat SSID dan kata laluan WEP sekiranya ingin menggunakan internet secara Wifi.

Unifi oleh TM

Saya tidak mempunyai pengalaman membuat ulasan. Tetapi saya rasa ianya sama seperti produk streamyx.

Broadband Maxis, Celcom dan Digi

Berdasarkan pengamatan saya, ketiga-tiga syarikat telco ini menawarkan produk yang hampir sama antara satu sama lain dari beberapa segi dan konsep. Apabila pelanggan berdaftar dengan salah satu dari syarikat di atas, pelanggan dibekalkan dengan kad sim dan modem yang hampir sama dari segi model dan bentuk. Mengikut pengalaman saya, modem yang dibekalkan samada oleh Maxis, Celcom mahupun Digi akan dikesan secara automatik sebaik sahaja ianya disambungkan ke komputer Ubuntu.

Pengguna hanya perlu klik pada ikon network manager dan proses seterusnya hanyalah mengikut arahan diatas skrin komputer.

P1 WIMAX

Wimax menawarkan 2 konsep iaitu modem wifi dan modem broadband mudah alih. Bagi pengguna ubuntu, modem wifi P1 Wimax juga menyamai konsep streamyx. Selepas pelanggan berdaftar dengan P1, pelanggan akan dibekalkan dengan satu modem wifi P1. 1 Jam selepas pendaftaran, pengguna boleh pasangkan modem tersebut, ON kan selepas beberapa ketika pengguna boleh sambungkan modem ke komputer samada menggunakan wayar LAN atau melalui Wifi. Maklumat SSID dan kata laluan WEP adalah tertulis pada modem wifi berkenaan.

YES 4G.

YES 4G adalah produk yang baru sahaja memasuki pasaran. Tidak ada SIM adalah kelemahan utama produk ini kerana ia menandakan semuanya terbina didalam device yang dibekalkan. Pengguna tidak ada pilihan lain kecuali membeli device yang dikeluarkan oleh syarikat YES. Adakah device tersebut mempunyai driver dalam linux masih lagi satu misteri.

Namun sekiranya YES mempunyai modem wifi yang bersifat seperti pesaingnya iaitu P1, kemungkinan untuk ianya boleh digunakan dalam ubuntu adalah besar.

Network Card, Wifi Card, Wifi USB Modem.. ETC

Sekiranya komputer anda memiliki network card, wifi card dan modem yang disokong oleh ubuntu, maka anda tidak mempunyai sebab untuk risau tentang kebolehan ubuntu untuk akses kepada internet.

Kernel linux kini biasanya menyokong kebanyakkan network card komputer. Ini bermakna pengguna boleh terus menggunakan internet (network) dengan hanya menyambungkan wayar LAN ke komputer.

Wifi Card, Wifi USB Modem juga biasanya disokong oleh kernel linux dalam ubuntu. Sekiranya driver bagi hardware berkenaan bukan dalam kategori sumber terbuka, pengguna boleh melayari laman web pengeluar hardware berkenaan untuk mendapatkan driver kemudian memasangnya ke dalam ubuntu. Namun harus diingat, setiap kali kernel dikemaskini, anda harus memasang kembali driver tadi untuk menggunakan hardware tersebut.

Semoga bermanfaat.

6 comments:

  1. Pembetulan - SIM hanya perlu untuk GSM network. Untuk Wimax tak perlu SIM. Jadi tak menghairankan Yes tak offer SIM card sebab voice data pun dia transfer melalui Wimax (agak2 saya mungkin macam VOIP). Saya dah cuba Yes USB dongle - nampaknya tak ada driver untuk Linux. Kalau ada masa mungkin akan cuba guna ndiswrapper dengan Windows driver.

    ReplyDelete
  2. YES 4G masih dipertikaikan tahap kebekesanan
    dalam dunia jalur lebar...
    masih tidak mencapai tahap 4G...
    Hanya provokasi persaingan bisnes...

    ReplyDelete
  3. betul tu..aku pakai je apa yang support ;)

    ReplyDelete
  4. "Mengikut pengalaman saya, modem yang dibekalkan samada oleh Maxis, Celcom mahupun Digi akan dikesan secara automatik sebaik sahaja ianya disambungkan ke komputer Ubuntu."

    apa yg saudara katakan ini, masih tidak menjadi kenyataan pada ubuntu saya sejak saya pakai Lucid lagi. dah install usb-modeswitch, vdial & etc yg saya pun tak ingat lagi

    ReplyDelete
  5. saya turut mengalami masalah sama. namun selepas beberapa kali install-uninstall usb-modeswitch & vdial, masalah dapat diselesaikan. Boleh la cuba..

    ReplyDelete
  6. saya menggunakan celcom broadband.. tiada masalah sambungan dgn ubuntu. cuma masalah speed. speed nya berkurang berbangding windows.. sy percaya ini terjadi dsebabkan jenis connection. dia tidak memilih 3g seperti mana windows kita boleh settingkan jenis connection nya hanya 3g ( terdapat 4 pilihan connection dlm windows). harap otai2 dapat memberi komen..

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...