Wednesday, December 08, 2010

Chrome OS : Google adalah Komputer dan Internet?


Google memilih tarikh 7 Disember (1 Muharram 1932 Hijrah) untuk mengumumkan beberapa perancangan penting bagi pembangunan sistem operasi yang diideakan semula iaitu Chrome OS dan Netbook pertama yang bakal menggunakannya.

Idea sistem operasi berasaskan internet yang diaplikasikan kepada Chrome OS berasaskan statistik menarik iaitu ramai pengguna komputer yang 90% masa penggunaan komputernya menggunakan internet menerusi perantaraan pelayar web. Kebanjiran aplikasi web sejak akhir-akhir ini pula seolah-olah membuang segala keraguan samada idea ini relevan atau tidak.

Segmen Pasaran.

Mungkin ada antara kita yang ingin mengatakan, Chrome OS sama sekali bukan untuk kita atau bukan untuk pasaran Malaysia yang internetnya terkenal dengan lambat dan dikekangi oleh had bandwidth.

Antara sebab lain mengapa Chrome OS bukanlah sistem operasi untuk kita ialah hakikat bahawa Chrome OS tidak menyimpan apa-apa data di dalam komputer dan data anda seperti muzik, video, gambar, movie disimpan dalam pelayan google. Dengan keupayaan internet di Malaysia sekarang, adakah ianya praktikal?

Sekiranya jawapan anda adalah TIDAK, maka google sememang tidak mensasarkan Chrome OS dan Chrome Book untuk anda. Sasaran google sebenarnya adalah fokus kepada pengguna yang kehidupan komputernya beroriestasikan web, dan keupayaan internet yang stabil dan pantas.

Chrome OS. Ciri-cirinya.

[Dari Blog JomPhp]

- Chrome OS boot dalam masa 10 saat dan sudah bersedia untuk melayari web. Website load dengan sangat laju dan lancar, dilengkapi teknologi terkini seperti HTML5, Adobe Flash dsb.

- Segala aplikasi, dokumen, settings akan disimpan secara cloud, dengan selamat. Tak perlu risau data hilang sebab hardisk rosak atau orang curi maklumat sebab semuanya akan disimpan di dalam server Google.

- Sambungan 24/7 kepada Internet samada melalui WiFi atau 3G.

- Selamat daripada malware seperti spyware, virus dan worms serta serangan hackers.

- Kemas kini secara automatik menjadikan sistem operasi Chrome OS sentiasa terkini, stabil, laju dan lebih mantap.

Aplikasi pada Web dan Web Store.



Google juga telah mengumumkan Web Store untuk pelayar web Chrome dan boleh dimanfaat oleh pengguna Google Chrome versi 8.0 ke atas. Seperti yang boleh difahami daripada namanya, Web Store adalah katalog kepada aplikasi web bag Google Chrome dan Chrome OS samada percuma ataupun berbayar.

Google adalah Komputer dan Internet.

Sekiranya kesemua pembangunan oleh Google dianalisis rapi, maka kesimpulan yang boleh dilakukan ialah Google adalah Komputer dan Internet. Di saat populariti Facebook sedang menggila, ramai beranggapan bahawa Facebook akan berupaya mengatasi Google namun kelihatannya tidak begitu mudah untuk perkara itu terjadi.

Google sedang dan akan menguasai dunia mobile dan tablet melalui Android, dunia Komputer dan Internet melalui Chrome OS dan Google Chrome manakala Facebook hanyalah sebuah laman web social yang menggantikan tempat My Space satu ketika dahulu.

16 comments:

  1. "Google sedang dan akan menguasai dunia mobile dan tablet melalui Android, dunia Komputer dan Internet melalui Chrome OS dan Google Chrome manakala Facebook hanyalah sebuah laman web social yang menggantikan tempat My Space satu ketika dahulu."

    Suka statement ini. Walaupun Google tak menguasai sosial site...tapi keinginan mereka untuk mengatasi facebook membuatkan mereka menghasilkan pelbagai servis yang baru...walaupun gagal satu service di cubanya lagi...

    ReplyDelete
  2. like this..agak2 bila tenet Malaysia nk sama laju mcm Korea ke US ke..heheh

    ReplyDelete
  3. yup betul tuh..yg penting, service google banyak yg free dan berguna utk orang2 cam kite...wakaka

    ReplyDelete
  4. memang tak sesuai langsung untuk org kat Malaysia.. kecuali internet Malaysia dinaiktaraf bagi lagi laju.. tp dah tentu harga pon naik sekali.. ntah pape..

    ReplyDelete
  5. entahla bro... bila teknologi faibre masuk mlesia kot..skrg ni unifi ngn time jeke? coverage tak mluas lagi..

    ReplyDelete
  6. aku macam berminat nak cuba tapi pada hq aku hehehe

    ReplyDelete
  7. mmg sangat teruja dgn artikel ni, cam nk try je terus , but insyAllah kita doakan bersama agar internet di Malaysia akan bertambah baik dan dengan harga yang mampu dimiliki oleh orang berpendapatan rendah supaya semua rakyat malaysia dapat menikmatinya bersama

    ReplyDelete
  8. sape sape yang nak cuba Chrome OS..boleh cuba di sini http://chromeos.hexxeh.net/

    ReplyDelete
  9. Hmmm.. aku dh tgok preview die sejak thn lepas.. tak tau nk ckp cmne.. terlampau simple bg aku.. alangkah bagus kalo interface die tak terlampau Chromish.. Kalo sasaran Google utk pengguna yg gemar melayari laman web, silap masa boleh gagal ni sbb da pesaing yg lebih bagus cam tablet pc aka iPad, Samsung Galaxy tab, Playbook, etc..

    Bagi aku, Jolibook/Jolicloud lg best dr Chrome OS ni.. hehe.. sbb pengguna akan lebih tertarik kepada user interface yg lebih lawa.. tp sayang, tak ramai yg tahu sbb bukan company besar cm Google yg buat..

    ReplyDelete
  10. hehe 2 la pasal...harap2 kerajaan bleh turunkan sket harga perkhidmatan broadband nih...haha

    ReplyDelete
  11. try jer bro...klu internet laju msti best guna kot..

    ReplyDelete
  12. sama2 kita nantikan..pastikan coverage juga meluas..hehe

    ReplyDelete
  13. pernah dulu...tapi wifi not working..so apa aku buat, aku copy driver wifi ubuntu aku masuk ke chrome os...walla..boleh pakai lepas tu..tapi time tu lagging lagi..pakai kejap je

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...