Posts

Showing posts with the label programming

Nautilus script convert video .OGV ke .AVI dalam Ubuntu [Fix masalah kualiti video ogv Youtube]

Image
Ada beberapa perkara yang ingin saya highlightkan disini. Pertama, sekiranya anda cuba merekodkan skrin menggunakan gtk-recordmydesktop, kemudian muatnaik video (dalam format ogv) tersebut ke youtube, anda akan mendapati video yang dimuatnaik tadi rosak dan tidak dapat dilihat di youtube. Masalah ini telah dilaporkan sebagai bug dan dibincangkan juga dalam google support . Contoh video yang rosak itu ialah disini . Penyelesaian Bermacam pernyelesaian telah saya temui dan telah saya cuba antaranya convert video ogv tersebut ke format mkv, avi dan sebagainya. Namun saya akan ulas mengenai penyelesaian terbaik, dengan cara terbaik dan memudahkan anda =). Convert ke .avi menggunakan mencoder. Anda terlebih dahulu perlu memasang mencoder ke dalam ubuntu anda dengan menggunakan command; sudo apt-get install mencoder Kemudian, dalam folder yang mengandungi fail video yang ingin anda convert ke .avi, buka terminal dan masukkan command; mencoder namafail .ogv -o output .avi -ovc lavc ...

Desktop ubuntu anda berselerak? Disini ada idea penyelesaian.

Image
Secara normalnya, fail-fail yang dimuatturun dari web menggunakan firefox akan di save secara default pada desktop. Sehari dua mungkin ia tidak begitu melemaskan tetapi apabila sesuatu masa yang lama berlalu, desktop anda mungkin berselerak dengan pelbagai jenis fail. Secara manualnya, anda boleh mengalihkan fail-fail ini ke folder yang sepatutnya seperti fail PDF, ODT,ODF, TXT ke ~/Documents dan seterusnya.Saya telah memikirkan beberapa idea penyelesaian. Pertama ialah dengan menukarkan default save direktori bagi firefox kepada folder ~/Downloads. Namun nantinya folder itu pula yang berselerak dengan fail-fail. Jadi bagaimana? Disini ideanya bermula.Saya memikirkan tentang bash script yang boleh digunakan dalam sistem operasi linux. Dengan menulis sedikit script dan diletakkan ke folder yang berselerak tadi (samada desktop atau downloads) lalu script tadi di run, secara automatiknya fail-fail yang berkaitan akan dipindahkan ke folder yang sepatutnya ia berada. (cth : fail MP3 sepatu...

Gambas : Visual Basic untuk linux dan tutorial penggunaanya

Image
Rasanya ini bukan kali pertama saya tegaskan dalam blog ini bahawa saya bukan dalam bidang IT! Saya tidak pernah mencuba apa itu Visual Basic, tidak pernah menyentuh apa itu MySQL, tidak pernah menuntut secara lansung tentang apa itu PHP dan sebagainya. Sama juga seperti anda - bermula dari tidak tahu apa-apa. Jika anda merasakan artikel ini hanya untuk budak IT, saya lebih cenderong untuk mengatakan anda telah tersilap. Pada saya, sesiapa juga berhak dan wajar mencuba sesuatu yang baru untuk meneroka keupayaan diri sendiri. Ok, Tamat mukaddimah! Hari ini saya ingin mengulas tentang Gambas , satu development environment yang percuma berasaskan Basic interpreter dan berfungsi seolah-olah visual basic didalam windows. Menggunakan Gambas, kita boleh design GUI (graphical user interface) atau paparan antaramuka sesuatu program menggunakan QT atau GTK+, mencapai MySQL, PostgreSQL, Firebird, ODBC dan SQLite database, memandu aplikasi KDE dengan DCOP, menerjemah aplikasi kepada apajua bahasa,...

Resize Gambar Secara Pukal menggunakan script

Ini mungkin entry yang agak berbeza dengan yang lain kerana entry ini dihantar ke email saya oleh sdr Mustakim Ahmad. Kelainan kedua bagi entry ini anda akan dapati dalam kandungannya. Katakan anda ingin resize semua image berformat "jpeg" dalam folder "gambar_konvo". Anda mungkin boleh menggunakan Phatch , namun hari ini entry ini akan menunjukkan cara menggunakan script untuk melakukan tugasan tersebut. Caranya; 1. Install imagemagick (mungkin sudah terinstall) sudo apt-get install imagemagick 2. Cipta satu script. Buka terminal kemudian taipkan; gedit batch.sh copy dan paste code dibawah ini kedalam gedit yang terbuka, #! /bin/sh # Dialog box to choose thumb's size SIZE=`zenity --list --title="Choose the thumbnail's size" --radiolist --column="Check" --column="Size" "" "320x240" "" "640x480" "" "800x600" "" "1024x768"` if [ "${SIZE}" ==...