Sunday, October 26, 2008

Desktop ubuntu anda berselerak? Disini ada idea penyelesaian.

Secara normalnya, fail-fail yang dimuatturun dari web menggunakan firefox akan di save secara default pada desktop. Sehari dua mungkin ia tidak begitu melemaskan tetapi apabila sesuatu masa yang lama berlalu, desktop anda mungkin berselerak dengan pelbagai jenis fail. Secara manualnya, anda boleh mengalihkan fail-fail ini ke folder yang sepatutnya seperti fail PDF, ODT,ODF, TXT ke ~/Documents dan seterusnya.Saya telah memikirkan beberapa idea penyelesaian. Pertama ialah dengan menukarkan default save direktori bagi firefox kepada folder ~/Downloads.

Namun nantinya folder itu pula yang berselerak dengan fail-fail. Jadi bagaimana? Disini ideanya bermula.Saya memikirkan tentang bash script yang boleh digunakan dalam sistem operasi linux. Dengan menulis sedikit script dan diletakkan ke folder yang berselerak tadi (samada desktop atau downloads) lalu script tadi di run, secara automatiknya fail-fail yang berkaitan akan dipindahkan ke folder yang sepatutnya ia berada. (cth : fail MP3 sepatutnya dalam ~/Music, fail 3GP dalam folder ~/Videos dan seterusnya). Lalu script tadi sepatutnya kelihatan seperti berikut;



Saya telah mencubanya dan ianya berfungsi dengan baik. (NOTE : saya newbie dalam shell programming).Namun saya agak tidak berpuas hati dengan cara penggunaan script diatas kerana saya merasakan terdapat cara yang lebih mudah dan script diatas mungkin boleh dipendekkan. Perkara kedua yang saya fikirkan ialah ketika saya menulis script ini, saya berfikir untuk berkongsinya dengan pembaca melayubuntu namun bagaimana saya boleh hasilkan satu script yang akan akan auto-create folder yang tidak wujud?

Perkara ke-3, saya lebih sukakan GUI dari semua ini. Insyaallah saya akan usahakannya (kalau boleh dan jika masa mengizinkan).

Jika anda ingin mencuba idea yang saya utarakan ini, anda boleh taipkan script diatas menggunakan text editor dan save ke format ".sh". Right click pada file tersebut > Properties > Permissions > Allow axecuting file as program. Letakkan fail .sh tadi ke folder yang berselerak tadi dan double klik padanya (atau dalam terminal ./CONTOH.sh). Anda akan dapati kesemua fail yang diarahkan dalam script akan dialihkan ke folder yang diarahkan. Saya suka mendengar respon dan idea dari anda pula. Semoga bermanfaat.

7 comments:

  1. @xordy : ekeke... penerangan diatas hanyalah imaginasi penulis.. xsemestinya menunjukkan yang penulis ada byk koleksi 3gp..hehe

    ReplyDelete
  2. eh? dia nie byk gak koleksi..
    tak caye? tanya aku.. haha..

    ReplyDelete
  3. ok gak tu script tu. Tp bole buat lg efficeint kalau guna 'for' ngan 'case' nye function. Rasanye kalau nk gui, amik konsep automator kt dlm OSX tu menarik gak. Tak tau la da ade org try ke belom sbb da lama xjenguk dlm ubuntu ni..
    hehe sory menyelit..2nd time post kt sini.

    ReplyDelete
  4. kalau nk auto-create folder yg xde lg tu leh guna 'test' nye function. Kita leh test folder tu ada ke tak dulu. So combine ngan 'if' leh la kita wat cam if [ -d ~/blabla/blablabla ]; then buatituini fi

    sorry kalau da tau pasal benda ni..hehe

    ReplyDelete
  5. tak salah ade banyak 3gp. tapi 3gp yang sepatutnya la, bukan yang terlarang, hahaha. lek bro, polis tak check kot, hahaha

    ReplyDelete
  6. owh..pasnie bleh ar cuba.. :d

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...