Mac4Lin Release Candidate

Menjadi tradisi saya menulis di melayubuntu, saya tidak akan menulis sesuatu yang saya belum cuba (atau saya akan nyatakan yang saya belum cuba). Secara peribadi saya telah mencuba Mac4Lin RC ini kedalam desktop intrepid GNOME 2.24 dan theme manager memberi amaran bahawa terdapat engine tema tertentu yang tidak compatible (atau tidak terinstall). Saya beranggapan tema Mac4Lin ini tidak dibina untuk GNOME 2.24.

Apa yang baru?
Saya tidak akan bercerita tentang perubahan minor disini. Apa yang paling saya perasan ialah Mac4Lin RC ini didatangkan dengan installer (script). Double click fail Mac4Lin_Install_v1.0_RC.sh dan script tadi akan melakukan tugas pemasangan dan pengaplikasian secara automatik.

Assamualaikum dan salam sejastera....
ReplyDeleteBro zul, camna nak download edubuntu ibex untuk dijadikan live cd? Pas tu satu lagi camana nak download repos untuk diburnkan dalam dvd? Dan saya dah dapat computer ( 3 buah jer) untuk student saya. Kalau bro masih berminat nak masukan berita penggunaan edubuntu dalam kelas pendidikan khas bermasalahan pembelajaran dalam emaj saudara edisi ke 2 boleh hubungi saya. Minggu depan mungkin pengetua saya akan rasmikan secara ringkas.
salam bro zul,
ReplyDeletedah try mac4lin ni tapi tak jadi macam mac pun. i'm using feisty 7.04. ke tak boleh guna yang ni? mohon tunjuk ajar :)