Wednesday, October 29, 2008

Sumber terbuka dan perisian bebas : Melalui pemaksaan atau pendidikan?

Saya telah melalui beberapa waktu yang melibatkan pembacaan, rujukan, berkongsi pendapat dan sebagainya untuk merumuskan perkara ini kedalam satu artikel. Ianya mungkin sesuatu yang anda boleh bersetuju atau tidak setuju. Apajua responnya, sedarilah yang kita sedang melalui satu check point yang memerlukan kita memikirkan kembali perkara ini sedalam mungkin agar ianya tidak disesali kemudiannya. Sumber terbuka dan perisian bebas : melalui pemaksaan atau pendidikan?

Pertamanya, entry ini ada kaitan dengan tulisan sdr hasbullah pit dalam laman blognya.

Saya telah beberapa kali menulis tentang pekeliling yang kerajaan negeri tertentu keluarkan supaya agensi kerajaan menggunakan OpenOffice.org menggantikan Microsoft Office. Saya juga menulis tentang plan untuk memperkenalkan OpenOffice.org kepada sekolah-sekolah seluruh malaysia yang melibatkan hampir 467 buah sekolah dan 300,000 buah komputer. Ianya mungkin sesatu yang memberangsangkan namun timbul isu - adakah ianya salah satu bentuk pemaksaan?

Apabila sdr hasbullah pit menulis tentang dasar-dasar yang diperkenalkan kerajaan adalah satu bentuk pemaksaan dan menyalahi semangat Free Software (perisian bebas) yang diperkenalkan Richard M. Stallman pada 1983 itu, minda dan hati saya memikirkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena - bukan pada tulisan hasbullah pit dan bukan pada dasar baru kerajaan. Ianya adalah berkaitan Free Software itu sendiri dan mengapa diwujudkan filosofi sumber terbuka disaat free software itu sudah wujud.

Saya cuba mengkaji dan membuat beberapa rujukan dalam beberapa buku sejarah antara free software dan open source dan menemuinya dalam buku "The Official Ubuntu Book";
As the computer and information technology industry began to move into the dot-com boom, one group of free software developers and leaders, spearheaded by two free software developers and advocates Eric S. Raymond and Bruce Perens saw the important business proposition offered by a model that could harness volunteer labor or interbusiness collaboration and create intrinsically better software. However, they were worried that the term "free software" was problematic for at least two reasons: First, it was highly ambiguousthe English word "free" means both gratis, or at no cost (e.g., free as in free beer) and liberated in the sense of freedom (e.g., free as in free speech). Second, there was a feeling, articulated most famously by Raymond, that all this talk of "freedom" was scaring off the very business executives and decision makers whom the free software movement needed to impress in order to succeed.
Apabila free ditafsirkan sebagai freedom (bebas), timbul persoalan adakah perisian yang dibangunkan diatas semangat free software tidak boleh dipaksakan penggunaanya terhadap satu-satu organisasi? Dan jika kerana masalah ini antara sebab yang membawa kepada kewujudan frasa baru yang dinamakan "Open Source", apakah pemaksaan yang dimaksudkan tadi tidak harus dipandang sebagai pemaksaan tetapi hanyalah pendidikan?

Itu teorinya. Meskipun Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) berjaya memperkenalkan pegawai kerajaan kepada OpenOffice.org, sejauh mana ianya berfungsi dari segi praktikal? Saya terbaca dalam forum ubuntu malaysia dan tertarik dengan seorang forumer yang mengatakan bahawa ianya sesuatu yang boleh diketawakan apabila kita mempercayai pegawai kerajaan sememangnya menggunakan openoffice.org dalam tugasan mereka. Dasar adalah satu bab tetapi perlaksanaan adalah satu bab yang lain dan kedua-duanya adalah terpisah. Secara berseloroh, forumer tadi mengatakan terdapat pegawai kerajaan sanggup melakukan tugas dirumah menggunakan Microsoft Office dan keesokkannya membukanya menggunakan OpenOffice.org.

Apa gunanya dasar dan apa gunanya pemaksaan jika hati dan minda masih terikat? Tidak ada isu pemaksaan dan tidak ada isu dasar disini. Ianya isu kesedaran dan mentaliti yang terikat.

Pekeliling untuk menggunakan OpenOffice.org dalam sektor kerajaan mungkin sesuatu yang boleh dibanggakan tetapi ianya sesuatu yang melawan lumrah. Pada saya, ianya harus dimulakan dari pendidikan peringkat sekolah dan hanya satu gerakan yang menyeluruh dan terancang sahaja yang boleh merubah mentaliti rakyat malaysia. Percayalah, anda pergi ke negara jepun dan tanyakan kepada rakyat jepun secara rawak soalan berikut;
Dimanakah saya boleh dapatkan perisian dan DVD movie cetak rompak?
Dan rakyat jepun tadi sekurang-kurangnya menjeling dan memandang hina kepada anda. Pergilah ke kota raya kuala lumpur dan tanyakan secara rawak soalan yang sama kepada rakyat malaysia dan anda akan mendapat jawapan yang berbeza. Ya, rakyat malaysia memang sopan santun! Adakah ini mentaliti yang harus ada pada rakyat sebuah negara yang bakal maju pada tahun 2020 ini?

Ada satu lagi isu. Saya tanya apakah sikap kerajaan terhadap pelajar yang menggunakan Microsoft Office yang cetak rompak? Seorang sahabat memberitahu, tidak ada apa-apa usaha menghalang aktiviti tersebut dan lebih mengejutkan "kerajaan membenarkan penggunaan perisian tertentu untuk tujuan pembelajaran". Faham maksudnya? Maknanya tidak ada apa-apa usaha pun untuk mengubah mentaliti rakyat kearah sesuatu yang boleh dibanggakan. Saya faham bahawa masalah ini bukan hanya berlaku dimalaysia malah negara rusia dan china pun mempunyai masalah yang serupa.

Adakah terlalu lambat atau adakah terlalu cepat - bagi saya hanya penerapan menerusi pendidikan sahaja yang mampu merubah mentaliti rakyat malaysia. Ketidakyakinan adalah perasaan yang membunuh potensi yang kita ada.

10 comments:

  1. salam kepada ZULMALC,

    Tidak dinafikan lagi bahawa kebanyakan rakyat di Malaysia mahupun di negara lain menggunakan DVD dan CD pirate. Sejauh mana piracy kita dapat bendung ? Jauh menyimpang la nampaknya.

    Memperkenalkan OpenOffice.org di peringkat sekolah adalah suatu matlamat yang murni lagi bagus kerana boleh meminimumkan pelaburan kerajaan dalam membeli DVD dari Microsoft. Sepatutnya, kita perlu membentangkan perkara seperti ini kepada orang diatas supaya dapat dipertimbangkan dan dianalisa dengan lebih teliti apakah kelebihan OpenOffice.org dan OpenSource.

    Bagi saya, untuk menurunkan kos keluaran wang yang membazir, kerajaan perlulah menggalakkan rakyat menggunakan OpenSource dengan sebaik yang mungkin. Seperti mengiklankan di tv-tv milik kerajaan tentang kelebihan OpenOffice.org dan OpenSource.


    Sekian ...

    ReplyDelete
  2. Salam, hmm nk br pndgn sdkt. Dasar kerajaan baik, nk guna OpenOffice, usaha dr MAMPU juga menunjukkan inisiatif yg baik, +ve untuk berubah, cuma pd peringkat pelaksanaan (termasuk sumber manusia, perkakas, OS, khidmat rundingan & latihan) agak kabur.

    Kenyataan "memperkenalkan OO ke sekolah", apa yg sy fhm adalah nk pasang OO pd setiap pc yg sdh pasti OSnya Windows (rujuk http://blogs.zdnet.com/Ou/?p=480).

    Sy prnh mmsg OO pd sys Windows, tp maaf, Windows sesuai dgn produknya sndri Microsoft Office, OO agak 'berat' dan sdh semestinya peg2 kerajaan yg selesa dengan MS Office tak akan mnynth sama skli OO (mgkn hadir kursus shj, nmn tetap akn berbalik pd MS Office jua akhirnya)

    Di sebuah institusi pend di M'Sia dlm thn 2001, hebat menggunakan OO, di mana , dibuang semua MSOffice, tp hny berthn x smpi setahun (kurang 6 bulan), kerana tiada enforce (sokongan, bantuan, latihan, berterusan) dr phk2 trtntu, shggkan MSOffice dipasang semula.

    Samalah disekolah OO mgkn diperkenalkan, pd pelajar dan juga pd guru, pensyarah, tp sy beranggapan, ia bersifat sementara juga, kerana pelajar disaran guna OO tapi para guru sndri, staf selesa dgn MSOffice.

    "melalui pendidikan yang mampu merubah mentaliti rakyat Malaysia" - sy mykng kenyataan ini, tp sistem pendidikan sedia ada kurang (mgkn tidak langsung) mendedahkan, mengendahkan tentang wujudnya kepelbagaian dalam sistem operasi komputer, aplikasi dsbnya.

    Namun, sy ttp brhrp semoga usaha mmprknlkan OO disekolah, akn ttp dijlnkn, dtrskn, diberikan pemantauan dan sokongan berterusan agr prkr yg lalu x berulang lg insyaAllah..

    ReplyDelete
  3. "Pergilah ke kota raya kuala lumpur dan tanyakan secara rawak soalan yang sama kepada rakyat malaysia dan anda akan mendapat soalan yang berbeza."

    errr..aku konpius...anda akan mendapat SOALAN or JAWAPAN yg berbeza ??

    ReplyDelete
  4. |1f34|-|1r3 : thanks...aku dah edit..salah taip bro.. aku td tulis time main sms..ekekek

    ReplyDelete
  5. pada pendapat saya open source di malaysia ada kekurangan dari segi penglibatan orang-orang yang mahir dalam bidang ni terutamanya dalam mengendalikan os alternative ataupun software alternative(linux dan oo dll)

    terdapat beberapa sekolah di ibu kota yang mempunyai pc yang secara basic mempunyai os seperti red hat,suse,ubuntu. masalahnya di sini tiada siapa yang menyokong system tersebut(install plugin dsb) ini menyebabkan mereka install semula windows sebagai os

    kekurangan seperti inilah yang sepatutnya kita atasi dahulu kerana seperti yang kita ketahui agak susah hendak mengubah mentaliti masyarakat kita yang sudah terbiasa dengan produk microsoft(windows .msO.dll)

    saya mengenali seorang yang sangat mahir dengan linux os tetapi akhirnya beliau hanya berkerja sebagai pembantu sambilan di kantin bukankah itu sangat mendukacitakan sebabnya beliau sangat sukar mendapatkan tempat dalam sektor kerajaan kerana dicop sebagai pelik(geek)

    pada saranan saya orang-orang yang mahir dan sangat menyokong open source (os ataupun software) ditempatkan di sekolah-sekolah agar dapat mengubah mentaliti pelajar di negara ini dari peringkat primer lagi

    mengapa tidak di wujudkan satu platform untuk mereka-mereka yang mahir ini agar senang di hubungi atau di gaji untuk menjalankan langkah pertama bagi mengubah mentaliti masyarakat kita terutamanya pelajar pelajar dari peringkat rendah lagi

    sepatutnya di sekolah sekolah ada seorang yang di tugaskan untuk menjaga dan mengalakkan open source os atau software ini berkembang dan bukan semata mata mengharapkan guru di sekolah yang secara nativenya mengunakan microsoft windows sejak mereka mula mengenali pc lagi

    di harap di masa depan kita dapat tengok ada geek atau kipas susah mati(die hard fan)linux dan opensource software yang maintain linux lab system di sekolah-sekolah supaya dapat mengubah mentaliti palajar kita

    (ape kata laman nie jadi tempat untuk kumpulkan penggiat linux yang boleh menyokong linux system di sekolah sekolah seluruh malaysia mane tau boleh dapat side income ke:)

    ReplyDelete
  6. Pertama sudah menjadi lumrah alam dan selalu saja beranggapan yang FREE itu kurang baik mutunya.
    Kedua ,agaknya kebanyakan pengguna windows malas untuk belajar sesuatu yang baru diluar lingkungan windows itu sendiri,dan juga mungkin kerana bebanan tugas yang berat.

    Saya setuju dengan pendapat BOB yang malaysia in masih kekurangan orang-orang yang betul-betul mahir linux/ Os,cuba kita pandang negara jiran/serumpun kita indonesia tentunya kita kalah dalam perkembangan pembangun softwarenya (linux) mereka ada OS nya sendiri yang dibangunkan oleh yayasan linuxnya, sepatutnya orang-orang yang seperti kawan bob ditempatkan disatu badan/ yayasan,etc yang disokong oleh kerajaan untuk pembangunan sofware (linux),tapi entah lah kalo perkara tu ada suatu tekanan dari pihak microsoft pula kepada kerajaan.

    Saranan saya , kalau kita nak memperkenalkan sesuatu yang baru ( linux atau open office),rasanya lebih mudah kita perkenalkan kepada orang yang belum kenal windows ,diperingkat pendidikan tentunya tadika,disini kita harus mempersiapkan guru-guru tadika dengan ilmu linuxnya/ open officenya ,teknikalnya untuk menyokong pelaksanaanya apa sudah ada ? itu satu persoalan.

    ReplyDelete
  7. Saya tak akan tanya soalan macam tu sbb saya dah tahu mana nak cari. Lagipun kan ada torrent. Linux masih belum boleh di-mainstream-kan kerana pecahan komuniti yg telah terbukti melembabkan pembangunan banyak software untuk Linux(cth. GNOME vs KDE, Qt vs GTK).Ini menyukarkan pembuat software membuat pilihan dlm membangunkan software untuk Linux. Pastu, Linux juga masih bergantung pada "binary blobs." utk membolehkan ianya digunakan pada kebanyakan komputer. Masalah yg seterusnya, komuniti Linux dilihat suka membuat perbandingan diantara Windows dan Linux tanpa membantu meningkatkan kualiti Linux. Kalau ini berterusan kita boleh ucapkan selamat tinggal kepada cita2 utk menjadikan Linux OS no.1 utk pengguna PC.

    ReplyDelete
  8. Ya Allah, Selamatkanlah Osama bin Laden dari di tangkap oleh amerika. Amin

    ReplyDelete
  9. imho.. saya sangat bersetuju dgn tindakan beberapa kerajaan negeri tersebut... walaupun nampak mcm paksaan tapi itu kira "paksaan lembut". Kalau tak buat camni, memang takde punya agensi/sekolah2 tu nak sukarela pakai opensource. Sebagai contoh, saya sendiri di tempat kerja, polisi syarikat menetapkan penggunaan MS-Outlook utk semua email... mahu tak mahu, semua org terpaksa jgk pakai dan lama kelamaan, rasa selesa dgn email system yg agak bodoh dan tak safe tu...
    Berbeza dgn contoh saya bagi tu, penekanan kearah penggunaan opensource adalah sgt positif kerana selain penjimatan kos, opensource sangat terkenal dgn safetynya...

    ReplyDelete
  10. saya dah baca respon pmbaca semua dan kebanyakkannya mmberikan respon dan idea baru.. terima kasih kerana sudi meluangkan masa memikrkan masalah ini bersama...

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...