1.23 Oktober seperti yang dijanjikan, pembangun ubuntu melancarkan Ubuntu Intrepid Ibex 8.10 versi Release Candidate yang menjadi versi percubaan terakhir sebelum versi penuh yang bakal dilancar pada 30 oktober ini. Melalui laman release note mereka, saya mendapat tahu yang versi 8.10 ini memerlukan minima 256MB RAM sebagai keperluan minima. Ini berbeza dengan versi 8.04 yang memerlukan 384MB RAM. Dengan versi terbaru ini, komputer berkemampuan paling minima pun boleh dipasang ubuntu kedalamnya.
2.Anda boleh membuat membuat tempahan awal untuk ubuntu intrepid ibex ini dari laman web shipit.ubuntu.com dan ianya percuma! Tempahan ini mungkin mengambil masa untuk sampai kerumah anda tetapi ianya berbaloi untuk mendapat satu bungkusan istimewa dari oversea!
3.Saya telah menggunakan versi beta sejak dari 2 oktober dan saya sangat berpuas hati dengan tahap kestabilan intrepid ibex. Tidak ada lagi system freeze, tidak ada lagi masalah network manager, tidak ada lagi masalah pulseaudio dan juga masalah-masalah yang lain. Kini hampir 99% masa saya ialah dalam ubuntu dan melupakan Mac OSX dalam Macbook disebelah.
4.Jika anda pengguna windows dan masih takut-takut untuk mencuba ubuntu, versi terbaru ini adalah untuk anda. Beri ubuntu peluang dan buat perbandingan yang adil. Jom Ubuntu!
Friday, October 24, 2008
Ubuntu 8.10 Release Candidate dan Tempah Ubuntu 8.10 anda sekarang!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome
Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...
-
Nota Penting : Sila pastikan anda mengisi borang atau sms setelah melakukan pembayaran. Oleh kerana ramai yang bank in duit, amat sukar bagi...
-
ShimG pernah melakukan satu kajian mengenai Persepsi masyarakat terhadap penggunaan perisisan sumber terbuka untuk projek tahun akhir. Ber...
* 1 Kubuntu CD for PC
ReplyDelete* 1 Ubuntu CD for PC
* 1 Ubuntu Server Edition CD for PC
yeah, jom order ramai2. haha
saye newbie guna ubuntu..after upgrade from hardy to Intrepid, youtube terus tak bunyi walaupun dah install adobe-flash 10..
ReplyDeleteapa masalahnye ye?
harap boleh bantu.thanks :)
@xordy : jom2..ahaha..aku dh tmpah 5 keping..dpt ke x xtau rr..
ReplyDelete@me : hmm... pergi kat system > preferences > sound. Tgk sound playback 2 disetkan kpd apa? Try tukar2 kepada yg len..
kali ni..die mmg send as a cd eh?
ReplyDeletemcm dulu kn pilih 64 bit or 32 bit kn?
sudah check..tapi masih tak berjaya :(
ReplyDeletetest sound..sume ok cuma tiada sound bile test audio conferencing sound capture
alhamdulillah sudah ok! hanya install semula adobe-flash & sedikit konfigurasi pd folder mozilla
ReplyDeleteAssamualaikum dan salam sejastera...
ReplyDeleteMemang tepat, versi 8.10 adalah yang terbaik *ubuntu jika dibandingkan dengan versi-versi sebelum ini. (Saya mula menggunakanya bermula versi edgy). Dan saya xubuntu 8.101 paling berbaloi untuk dicuba kerana ada beberapa keistimewaan.
1. Versi yang sangat laju ( untuk 1.5gb ram dan hardish 120 gb)
2. Terdapat aplikasi system cleaner yang dapat membuang sampah saraf yang terkumpul di root.Memang amat terasa berbezaanya. ( kalau nak best lagi gunakanlah auto remove dan autoclean)
3.Pas tu, tukarkan firefox3 kepada swiftfox. Nak nak surfing tu memang best giler.
4.saya juga menggunakan skype, bila ia digunakan dalam ibex, boleh saya katakan tip top la.... Kalau compare skype beta untuk versi windows.
5. Anda bleh gak guna aplikasi shutdown untuk shutdown secara automatik melalui setting anda buat.
yang sedikit masalah bila guna ibex
1. Pidgin menghadapi sedikit masalah jika meletak terlampau banyak menggunakan plugin.
2. Rhtyhmbox begitu mengambil masa yang lama untuk detect data untuk ipod classic saya (160gb)
3. File music aac tidak dibaca jika untuk 'tag'nya dan juga jika anda ingin meletakkan art cover sesuatu album yang menggunakan file acc.
@me : oo..dh ok ek.. bgs la..
ReplyDelete@ayem36 : yup2..stuju2..pasa ipod 160gb tu mgkin sbb besar sgt kot..hehe
aduh.. apesal alh 8.10 ni release mase aku ngah final exam... dah tak dapat nak update segera...
ReplyDeleteAssamualaikum dan salam sejastera
ReplyDeleteKepada pengguna ipod 160gb,
1. jangan guna Rhtyhmbox untuk connet ipod anda, data art cover anda akan hilang.
2. Jangan sesekali menggunakan bashee, semua data ipod anda hilang (ada tapi tak tahu ia bersembunyi kat mana dan ipod anda tak leh main ...)
saya baru upgrade ubuntu 8.04 kepada 8.10, masalahnya selepas saya restart, sistem boleh jalan, tp display kosong jer, semua aplikasi spt ftp, http, ssh, firewall dsb berfungsi dengan baik, cuma screen jer blurr. apa harus saya buat? tq
ReplyDeletesy br nk try ubuntu lebey senang br nk baljor la,,
ReplyDeleteda siap donlot n burn iso,,
da try install tp time wat partition die sangkut la,, nak wat mcmane ek??da try ikut tutorial yg anda bg 2 tp xjd jgak :(
sy nk tahu linix xubuntu ada berapa versi dan apakah versi2 tersebut???
ReplyDelete