Friday, October 17, 2008

Intrepid Ibex Beta : Versi beta paling stabil?

Saya menerima email berikut dari salah seorang pembaca melayubuntu;

Merujuk beberapa artikel saudara yang saya terima. Berikut ialah perkongsian pengalaman untuk semua pengguna Ubuntu Intrepid Ibex 8.10:-

(1) Versi ini nampaknya terkehadapan berbanding dengan Windows XP SP3. Saya belum mencuba dengan Windows Vista. Ini berdasarkan Ubuntu Intrepid Ibex 8.10 boleh mengenalpasti driver-driver (hardware) PC/Note Book berbanding dengan Window XP SP3 yang masih bergantung kepada (CD)installation dirver.

(2) Senarai printer untuk penggunaan Ubuntu Intrepid Ibex 8.10 nampaknya semakin banyak . Sesiapa yang mempunyai printer HP Laser Jet 1020, Fuji Xerox 203A dan Network Printer HP Color printer 2600N boleh terus connet dan install driver printer berkenaan.

(3) Installation Ubuntu Intrepid Ibex 8.10 lebih cepat berbanding dengan Ubuntu 8.04 tetapi proses shutdown agak lembab. Langkah yang perlu mempercepatkan shutdown ini ialah dengan update dan upgrade selalu. Tetapi mana-mana kernel yang lama hendaklah dibuang dari system kerana ia akan menganggu proses shutdown PC.

(4) Pelayat internet. Seamonkey adalah lebih laju berbanding dengan Firefox 3.0 dan Seamonkey 1.1.12 mempunyai ready plugin yang mana Firefox tidak mempunyainya - ie. kena install (e.g Flash)

(5) Mengenai OpenOffice, sabenarnya Openoffice 2.4 mempunyai keupayaan untuk membuka file Microsoft Office 2003 dan 2007.

(6) Sapertimana saya pernah cadangkan lebih awal dari ini berkenaan pengguna yang menggunakan Dual-Boot system. Dimana Ubuntu perlu "dominate" dari segi bootable (OS). Pada masa ini Ubuntu duduk menumpang dibelakang Windows. Bila windows rosak Ubuntu pun rosak. Sedangkan Ubuntu lebih stabil maka sepatutnya ada satu kelebihan kepada Ubuntu supaya Ubuntu masih boleh beroperasi bila Windows rosak (i.e ubuntu menjadi OS pertama bila Windows corrupted).
Saya juga terbaca beberapa review lain dari laman weblog internet. Kesemua mereka menulis dengan sangat positif berkenaan intrepid ibex versi beta seolah-olah ianya versi penuh. Samada ianya satu usaha untuk "exaggerate" isu, atau sememangnya sesuatu yang sahih, secara tidak lansung mengujakan pengguna ubuntu keseluruhannya. Sememangnya versi intrepid ibex beta ini menyelesaikan beberapa masalah sound yang dihadapi dalam hardy heron, masalah nautilus, dan banyak lagi kelemahan-kelemagan hardy heron.

Satu lagi yang mengujakan ialah persoalan samada tema baru akan diperkenalkan untuk intrepid atau tidak. Secara teori, saya meramalkan akan ada satu tema yang akan dinamakan sebagai New Human kerana update baru-baru ini selain menukar wallpaper turut menukar tema NewHuman kepada nama baru iaitu DarkRoom. Maka sudah tentu kita boleh meramalkan bahawa akan ada tema baru yang bakal dinamakan New Human kan? Tunggu 13 hari lagi dan semuanya akan terjawab.

16 comments:

  1. hmm, tak faham. windows rosak ubuntu rosak? macam mana tu? boleh explain? sebab aku punya XP dah berbulan2 rosak, malas nak fix sebab dah cukup selesa ngan ubuntu + CD driver hilang

    ReplyDelete
  2. aku pun ada dual boot dgn xp tp dah lama x pakai sbb lebih selesa dgn ubuntu..aku pun rasa interpid lebih stabil sebab aku sekarang tengah pakai versi beta ni, apa pun ubuntu memang best

    ReplyDelete
  3. aku dah lame buang windows nih...heheh...gune ubuntu 100% kt lptop aku...cume desktop je still gune dual...psl nk men game....aku harap 8.10 ni dah solve problem freez dgn crash kat 8.04...

    ReplyDelete
  4. winxp aku ada probs.. huahauhauau.. tapi bleh logon dan bleh men smbil siapkan a'ment.. ubuntu tuk gain knowledge mengenai dunia linux dan internet... huhuhuhu.. pasnie bla da paham selok linux bleh tukar 100 persen linux.. no more windows.. hauhauhauhau

    ReplyDelete
  5. aku rasa, no 6 tu maksud dia kalu install guna wubi. kat ubuntu menumpang kat partition NTFS? sebab tu bila windows rosak, ubuntu pun rosak..mcm tu kot maksud dia?

    aku rs, kalu guna wubi pun. kalau windows rosak leh jln lg. mgkn kalu partition rosak baru ubuntu rosak.

    ReplyDelete
  6. aku pun rasa cam2 gak... sbab kalo ubuntu dlm partition die sndri.. xde mslah... sbg orng y pnh gna wubi.. mmg ada mslh sket...

    ReplyDelete
  7. Mungkin yang dimaksudkan ialah wubi ATAU mungkin yang dikatakan rosak ialah master boot record iatu /boot yang telah tertukar konfigurasinya.

    ReplyDelete
  8. Nak tanya ,kalo kita pasang yg beta version boleh kita upgrade ke reales version (interpid 8.10) atau kena insall lain ke, atau cuma update je ?

    ReplyDelete
  9. Cuma upgrade je rasanya..sbb dulu aku pakai 8.04 intall pkai live cd skg ni upgrade ke 8.10 beta, just upgrade disto je buat masa ni xde masalah..

    ReplyDelete
  10. aku ingat nk wat clean install 8.10 nnti...pasal 8.04 aku ni selalu crash la kebelakangan nih...selalu time browsing...dah request kat shipit..so kene tgguuu...

    ReplyDelete
  11. Assamualaikum dan salam sejastera....

    Andai saudara menggunakan versi beta, saudara hanya perlu update dan upgrade selalu sistem anda. Dan tak perlu lagi install lain. Dan ibex ning (aku baru guna versi beta minggu lepas) aku dapati pelbagai perubahan yang menarik. Contohnya aplikasi clean system. Cukup senang untuk bersihkan dan lajukan ubuntu. Dan swiftfox pun menarik. Disk manager pun perlu diinstall jika ubuntu anda hadapi masalah untuk membaca partion lain.

    nantilah kalau rasa rajin aku cuba hantor antor artikel pada zul untuk disiarkan.

    ReplyDelete
  12. versi ni belum try.... sayang nak wat clean instalation 8.10 ibex 2... update ja la kot... hehehe..
    8.04 slalu crash... graphic prob rasanya.. nvidia.. screen jadi stripe.. pas2 kena restart laptop...
    apapun ubuntu is da best..

    i gain a lot of knowladge about linux+ubuntu and history of computer deveploment... from early year till now... a lot of knowladge out there in virtual arena...

    thank you to ubuntu, it's tell me lot's about computer. windows and others linux distro..

    have a nie day...using ubuntu freely(UUF)hehehe..

    ReplyDelete
  13. Aku ada problem masa update ke 8.10 dulu.. aku punya compiz xleh jalan... aku format install fresh pun xleh activate Geforce 6200 aku... sampai bengang aku install mandriva 2009. Cun tapi aku xleh configure Izzinet wireless broadband pulak.. terlampau user friendly.. dahlaa aku bukan expert sgt nak crack driver.. then install balik ubuntu 8.10.. trick punye trick aku kena download dulu nvidia driver kat add & remove then baru activate kat hardware driver, means hardware driver xleh download terus driver.. look like some bug to locked that feature.. huhu

    ReplyDelete
  14. (6) Sapertimana saya pernah cadangkan lebih awal dari ini berkenaan pengguna yang menggunakan Dual-Boot system. Dimana Ubuntu perlu "dominate" dari segi bootable (OS). Pada masa ini Ubuntu duduk menumpang dibelakang Windows. Bila windows rosak Ubuntu pun rosak. Sedangkan Ubuntu lebih stabil maka sepatutnya ada satu kelebihan kepada Ubuntu supaya Ubuntu masih boleh beroperasi bila Windows rosak (i.e ubuntu menjadi OS pertama bila Windows corrupted).



    mungkin perlu diajar cara utk install dual boot sprt dikate

    ReplyDelete
  15. askum bro..setelah saya intall ubuntu 8.10..saya dapati ubuntu memerlukan codec utk memasang audio...bole bro bgi link utk mndapatkan codec tersebut

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...