Thursday, October 30, 2008

Versi penuh ubuntu intrepid ibex 8.10 dilancar secara rasmi



Beberapa minit yang lalu, laman web rasmi ubuntu telah melancarkan versi penuh bagi ubuntu intrepid ibex 8.10. Versi yang ke 9 sejak warty warthog dilancarkan 4 tahun lalu ini menfokuskan kepada beberapa aspek terutamanya sokongan 3G yang memudahkan penggunanya menghubungi jaringan 3G dengan mudah.

Ubuntu boleh didownload dari secara direct melalui laman web rasminya atau menggunakan torrent. Jika anda ingin memasang ubuntu didalam windows tanpa membuat partition baru, anda boleh mencuba wubi - memasang dan buang ubuntu seperti memasang dan membuang perisian biasa dalam windows. Jika anda ingin menempah CD yang official dari ubuntu, anda boleh menggunakan laman web shipit.ubuntu.com. Kesemua perkhidmatan yang saya ulas diatas adalah percuma dan bebas dari sekatan akta hakcipta.

Komen Penulis : Ini adalah masa terbaik untuk anda beralih atau sekurang-kurangnya memberi ubuntu satu peluang percubaan. Saya dan semua penulis blog ini akan mencuba sedaya upaya menyediakan ilmu yang sepatutnya anda tahu tentang ubuntu.

33 comments:

  1. erm, nak dld torrent yang mana satu?
    ada amd ada i386

    ReplyDelete
  2. saat ku nanti telah muncul jua ia2 munculnya ubuntu 8.10

    sy mula kenal ubuntu melalui blog saudara zul,sy newbie lg krn bermula dgn ubuntu 8.04...sy akn terus menyokong penggunaan ubuntu...

    wslm

    ReplyDelete
  3. anoymous...selalunya bagi intel,ambk yg i386..

    ReplyDelete
  4. tq nokiadaun.
    tak sabar nak test ni.

    semua berebut nak dld, torrent pun xdak seeder lg.. huhu

    -wan bangi-

    ReplyDelete
  5. on the way update to 8.10... huhuhuu.. x sabor nak tgk perbezaan die.... hope line x putusla.. hahahahha

    ReplyDelete
  6. sedang menanti ubuntu 8.10 di post ke rumah dengan sabarnya.. hohohooh

    ReplyDelete
  7. aku download server uni jepun punya,
    huhu.. guna downthem all, nasib baik boleh pause download..

    ingatkan xleh..

    laju sket la dari torrent.. torrent x ramai seeder

    ReplyDelete
  8. aku sentiasa mengikuti perkembangan di blog ini. sudah pasti aku hendakkan yang terbaik utk mendapatkan komitmen penuh pada ubuntu.

    masih banyak yang perlu aku implementasikan dalam diri aku untuk guna sepenuh masa.

    broadband nak dload? huhu makan zaman la. aku order shipit je la eheh.

    ReplyDelete
  9. 11GB hdd space cukup tak?

    huhu.. xde duit nak bli lain,..

    ReplyDelete
  10. Assamualaikum dan salam sejastera

    Walau dah upgrade ke 8.10 beberapa minggu lepas, tapi tetap minta cd free. Bukan apa, buat koleksi.

    ReplyDelete
  11. @wan bngi : 11GB cukup jer... ubuntu xmcm vista mkn byk space....ekekke

    @ayem36 : haah...mntak cd free..wat koleksi..hahaa bes2..

    ReplyDelete
  12. @melayubuntu : 11GB tu mmg cukup, tapi bila i dah start guna virtualbox, 11GB tu mcm dah nak sesak nafas org kate.. hehehe

    sekarang ni tgh update, ini kali yg ke-3 atau yg ke-4.. mmg problem nak upgrade ni, maybe traffic tgh jem.. hehe

    betul tu, i harap bro zul kita ni bersemangat selalu utk membina, berkongsi, mengajar ttg os ubuntu ni. bagi i blog ni seperti tempat info utama sebelum masuk ke ubuntu.com

    ReplyDelete
  13. salam saudara zul,

    sy br lepas baca ttg wubi nih. nak tanya, kalau wubi ni menulis ubuntu ke dlm hdd mcmn ya dgn file system nya? perlu buat converting dulu ke(ext2)& sediakan 1 ruang partition sblm install ubuntu?

    kalau x perlu semua di atas tu, system x conflict/crash?

    mintak bg clear skit ya? t. ksh.

    *tgh download dr server taiwan.... lg 2 jam setel lah... download speed 140.00kb/s WOW!!!

    ReplyDelete
  14. Hm... sedih je. aritu cube fresh instal Hardy Heron, xcukup RAM. 256, shared lg. huhuhu.

    tp, aku nk mintak cd, siap pulak cannonical tu. masa Feisty Fawn da mintak 3kpg. Gutsy Gibbon 2. Hardy Heron... xleh.mmg dia bg 1 je. hehhee

    ReplyDelete
  15. WOW!!! ubuntu 8.10 dah pun complete download!!!
    x sbr nak install.

    ReplyDelete
  16. aku dah upgrade dari Hardy ke Intrepid pagi td ...
    skrg ni tgh run Intrepid tapi masih ada bugs ...

    ReplyDelete
  17. Ape kate kita provide cd ubuntu kepada newbie yang nak cube distro nih ataupun kepada mereka yang tak dapat nak download(bagi pengguna broadband)ini mungkin dapat memudahkan mereka tak kisahlah kalau perlu bayar sedikit yuran perkhidmatan ataupun duit untuk pos cd tu. dengan ini kita dapat mengembangkan komuniti ubuntu ini dengan lebih cepat lagi(bagi yang copy je tak payah nak packaging cantik-cantik).saya rasa setakat 10 ke 20 ringgit tu mereka tentu tak kisah asalkan dapat memudahkan mereka(tentu lagi cepat sampai daripada request dari canonical)

    ReplyDelete
  18. yeah.. berjaya donlod da semalam gne seber jepun gak..

    ReplyDelete
  19. slamat mendownload la smua.. sape2 yg nk upgrade tu dipersilakan jgk... kasi down sama server ubuntu..eehehhe

    ReplyDelete
  20. i just read the news about the ubuntu 8.10

    here you go:
    http://www.intranetjournal.com/articles/200810/ij_10_30_08a.html

    ReplyDelete
  21. kepada sesiapa yg tinggal kawasan kuala terengganu dan menginginkan copy cd ubuntu (sila bawa cd sendiri),aku ada simpanan cd ubuntu8.4 ,interpid 8.10,Mandriva 2008,2009,fedora9 ,dan blankon linux(indonesian edition) sila email ke tiksan.noracom@gmail.com

    ReplyDelete
  22. @hackers_125 : aku dh baca...mamat pnulis 2 mcm nk femes ngn bikin kontroversi.. byk prkara yg dia tulis tu mcm saje diada-adakan...bongok smacam...ntah2 microsoft bayar..hahahha

    ReplyDelete
  23. @noracom : bro, mu dok area mana? dah donload intrepid ke? leh rr aku g amik isonya...tenet aku lmbb nk donload...hahahha

    ReplyDelete
  24. aku duk area seberang takir , mua ambik rr mari

    ReplyDelete
  25. @noracom : bro ni no aku...snang brurusan sket..0129384805..hehhe

    ReplyDelete
  26. @narocom: syah pun nak jugak... ni no syah 0145072656... syah pegi amik kat umah.. plzzz

    p/s: berukband ni lembab semacam...

    ReplyDelete
  27. Assamualaikum dan salam sejastera

    Zul, mung duk area maner? Aku duk area kuala Berang. Aku rasa nok jumper gok mung, aku nok belajor dengan mung macamana nok nok download repos. noracom ngan zul, boleh ajor aku ke dok? (Betul ker aku tulis dalam bahasa terengganu?)

    ReplyDelete
  28. Saudara Zul, adakah tutorial dalam melayubuntu untuk hardy heron boleh diaplikasi ke dalam Intrepid Ibex? Kalau tak boleh nampaknya saudara perlu banyakkan tutorial untuk Ibex... Saya sudah pon clean install Ibex, yg paling jelas startup dan shutdown begitu pantas. start up dalam 30 saat, sebelum ni 90 saat. Shutdown dalam 5 saat.... Sangat mengujakan...

    ReplyDelete
  29. @ayem36 : aku dok area bt rakit sempadan ngn tepoh.. nak donload repos ke? rasanya snang je.masalahnya tenet xbape nk laju sbb seingat aku repos ni saiz dia besar bapak...

    @azmizal : walaupun update versi dr hardy ke intrepid, tp xsama mcm update dr xp ke vista... aku leh jamin 90% dari artikel sblm ni bleh digunakan dlm intrepid.. cuma repo tu kne ejas sket la...

    ReplyDelete
  30. @ ayem36: deb http://repoubuntusoftware.info intrepid all
    masukan kat 3rd party sofware

    ReplyDelete
  31. Hi!

    Semalam saya baru download... bukan Ubuntu tapi sedara dia, Kubuntu 8.10. Ubuntu dah ada... cuma perlu upgrade je... nampak mcm jam je nak upgrade pun... itu yg try download Kubuntu dulu. Tak sangka pulak Kubuntu punye download laju...kebetulan skang ni saya kat China, so download dari mirror site kat China ni...memang laju, 30 minit je dah siap.
    Nak try Kubuntu pulak... nampak GUI KDE4 mcm best je... biru, glossy & application navi dia mcm Mac... mesti best.

    ReplyDelete
  32. dah download dah dan sudah buat fresh install.sebelum nie saya biasa format partition utk ubuntu dengan ext2 atau ext3. kali ni try plak jfs sebab ada baca review kat mana ntah derang cakap lagi ok.hantam jelah labuu... :)

    ReplyDelete
  33. salam sumer...

    saya dah install ubuntu 8.10 nih.(sonotnyer)
    pastu update dengan segala macam.(tido mlm pun laptop on)

    then, ikut tutorial pasal APTonCD.
    dia punya iso image dekat 700mb.

    harap ada lg tutorial dari sedara zul...:)

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...