Monday, October 06, 2008

Memasang VLC 0.9.2++ kedalam Ubuntu

Rasanya VLC tidak perlu diperkenalkan lagi disini. Tidak kira anda pengguna windows, mac osx mahupun linux. VLC adalah perisian wajib install bagi saya dan mungkin juga anda. Baru-baru ini pembangunnya menerbitkan versi 0.9.2 dan memperlihatkan beberapa perubahan ketara terutamanya jika anda pengguna linux dan ingin memasang/upgrade kedalam ubuntu. Antara yang paling ketara ialah VLC 0.9.2 menggunakan interface qt4 yang kiut miut dan fungsi pengawalan ketika fullscreen.

Perubahan yang lain-lain susah sikit nak perasan tapi memang better dari versi yang sebelum ini.



Untuk memasang VLC terbaru ini dalam ubuntu, sila masukkan repo berikut;

Untuk Hardy;
deb http://ppa.launchpad.net/c-korn/ubuntu hardy main
deb-src http://ppa.launchpad.net/c-korn/ubuntu hardy main
Untuk Intrepid;
deb http://ppa.launchpad.net/c-korn/ubuntu intrepid main
deb-src http://ppa.launchpad.net/c-korn/ubuntu intrepid main
Reload pastu akan keluar ikon update (bagi yang dah install VLC) atau install VLC guna add/remove app!

13 comments:

  1. yaya. ak berjaya mengupdate vlc! ubuntu rocks!

    ReplyDelete
  2. VLC memang best...aku dh start guna 6 tahun lepas lg...first time aku jumpa kat MAC, tros aku jatuh cinta...hehe....tp aku pelik ..sampai skang xcukup version 1 lg...lama benor nak naik sampai 1 nyer..

    ReplyDelete
  3. alamak...version windows xkuar lg ke? hmmm...terpaksa la menunggu kejap..hehe

    ReplyDelete
  4. pasni bagi budak2 yg gian nak guna winamp kat linux leh try guna XMMS...saper rajin wat ar tutorial...

    http://blog.sartek.net/2008/04/install-xmms-on-ubuntu-804-hardy-heron.html

    ReplyDelete
  5. Assamualaikum dan salam sejastera...

    Saya cuma nak tanya, diantara VLC, totem, amarok,bashee, rhythmbox dan sekutu2nya. yang mana terbaik untuk main muzik dan filem dalam ubuntu?

    ReplyDelete
  6. Aku nyer VLC kat Ubuntu bila aku nak full screen mesti ader kaler biru kat tepi2 tu.... kenape ek???

    hackers_125: XMMS dah tak digalakkan pakai kan.. coz pembangunannyer dah dihentikan.... dan ia digantikan dengan Audacious (betul tak ejaan).... Ini makluman yang aku dapat hasil dari mencari Xmms sewaktu update ke hardy heron beberapa bulan lepas...

    ReplyDelete
  7. xmms telah diupgrade ke xmms2

    ReplyDelete
  8. haih, tak suka tol dia guna interface camtu. nape tak maintain guna gnone jek? adey

    ReplyDelete
  9. buat duit http://adcash.org/reflink.aspx?mid=70756

    ReplyDelete
  10. bro..

    i br format laptop ni n install ubuntu kali ke dua..

    ia ada ikut tutorial di : http://tombuntu.com/index.php/2008/09/16/install-vlc-media-player-092-in-ubuntu/

    tapi masalahnya bila i klik nak run vlc, takde apa-apa berlaku...

    mcm mana ni?

    ReplyDelete
  11. "W: Duplicate sources.list entry http://archive.ubuntu.com hardy-security/restricted Packages (/var/lib/apt/lists/archive.ubuntu.com_ubuntu_dists_hardy-security_restricted_binary-i386_Packages)"

    macam mana nak selesaikan problem diatas, bila aku reload repo, selalu keluar massege duplicate?

    ReplyDelete
  12. zul...

    i dah format n pasang ubuntu 8.10 beta

    masalahnya bila i pasang vlc mengikut tutorial yg u tulis tu pun tak menjadi juga...

    lepas siap install, ada ikon, tapi bila i klik nk guna, tak ada apa-apa yg keluar..

    ReplyDelete
  13. @anonymous : dalam /etc/apt/sources.list tu ada 2 repo yg sama kot... try check balik...

    @kava : xde pape yg kuar? plik tuh... aku ok jer..

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...