Secara default, perisian Pidgin tidak didatangkan dengan fungsi notifikasi. Bagi sesetengah orang, ini menyebabkan mereka berasa kurang selesa kerana tidak dapat mengesan siapa yang baru online atau siapa yang baru logout dan sebagainya. Dengan adanya fungsi notifikasi, setiap aktiviti login, logout, penukaran status, typing message.. dan sebagainya boleh diketahui tanpa membuka tetingkap pidgin.
Saya secara tak sengaja menemui plugin Guifications dalam synaptic lantas memasang dan mencubanya. Anda boleh memasang plugin ini dengan klik pada :
pidgin-guifications . Pada tetingkap pidgin, pergi ke tools > plugins dan enablekan Guifications plugin dan klik pada butang Configure Plugin pada bahagian bawah tetingkap.
Apa yang menyeronokkan ialah anda boleh mengubah tema tetingkap popup. Untuk download tema sila ke
laman ini. Semoga bermanfaat
ok gak nie.. kna test nie.. huhuhuhu
ReplyDeletedah test ok
ReplyDeletebagus la kalau ok..
ReplyDeletecam masalah aku jer..ehe
ReplyDeletemsti nk try ni, x mao ktinggalan..
ReplyDeletetq..