Sunday, October 12, 2008

Picasa (Beta) Untuk Linux

Petikan jomlinux.com

Penulis mendapat tahu satu halaman foto 'gergasi' - Picasa yang mana dipunyai oleh Google telah mengeluarkan perisian Picasa nya iaitu Picasa 3.0 untuk Linux (Beta). Apa yang pasti, perisian baru ini turut ditingkatkan ciri 'college tool', 'red-eye-out', 'watermark', 'retouch tool' dan integerasi dengan Picasa Web Albums dengan lebih kemas.

Walaupun Picasa yang asal dahulu yang dikeluarkan pada tahun 2006 adalah pindahan Linux secara sepenuhnya. Tetapi Picasa 3.0 ini tidak seperti dulu, maknanya ia bukan pindahan Linux sebenar-benarnya. Oleh itu, Picasa kali ini dimplementasi dengan menggabungan kod Windows Picasa dengan Wine.Penulis juga mendapat tahu yang Google telah menghantar beratus patch wine bagi perisian Picasa ini.

picasa linux 3.0

Untuk makluman, installer Picasa diedarkan oleh kebanyakkan distro Linux seperti gOS, Mandriva dan Ubuntu.


Ciri terbaru Picasa 3.0 untuk Linux (dan Picasa 3.0 secara umum) seperti :

  • Integerasi Web Album, dengan sinkronasi antara Picasa dan Web Album Edit, ditambah dengan keupayaan untuk menukar setting album online dan memadam album online dari Picasa.
  • Muat naik ditambah dengan drop-box dan kawalan bandwidth.
  • Alatan retouch.
  • Pembuangan auto merah mata.
  • Alatan untuk meletakkan teks dan watermark pada foto.

Peningkatan versi Linux :

  • Penyimpanan data pengguna online ditingkatkan.
  • Pengesanan kamera dan media diintegerasi dengan GNOME dan KDE.
  • Plugin pada Firefox.
  • Pelancaran aplikasi lebih pantas.
  • Sokongan teknologo dual-skrin Xinerama ditingkatkan.

Picasa 3.0 untuk Linux (beta) boleh dimuat turun secara percuma. Klik sini untuk muat turun Picasa 3.0

2 comments:

  1. thanks bro..aku baru nak tulis pasal ni tp xleh sbb aku xleh download picasa beta nih sbb tenet aku terlalu laju utk itu smua...hu..apa2 pun thanks..hehe

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...