Apa yang baru dalam Ubuntu Tweak 0.4.0?

Selepas setahun dibangunkan, aplikasi ubuntu tweak kini sudah sampai ke versi 0.4.0. Banyak pembaharuan yang dilakukan dan antara yang paling menarik perhatian saya ialah fungsi membuang kernel lama dalam ubuntu. Sepertimana yang kita sedia maklum, kernel yang diupdate ke versi baru tetap meninggalkan versi lama dan ini membuatkan GRUB kelihatan berselerak dengan kernel versi lama. Ianya mungkin mengelisahkan bagi sesetengah orang. Kini, beberapa klik sahaja mampu membuang kernel lama dengan ubuntu tweak!



Jika anda menggunakan ubuntu tweak versi sebelum ini, perkara yang cepat anda perasan ialah pembaharuan dari segi GUI yang semakin fleksible. Versi sebelum ini agak menghadkan bagi mereka yang mempunyai monitor kecil.

Bagi mereka yang lama menggunakan ubuntu, sudah tentu mereka perasan terdapat banyak fail-fail yang dipanggil Garbage Package yang tidak didelete setiapkali selepas proses update. Anda mungkin tidak perasan tentang hal ini tetapi biasanya kita membuang Garbage Package ini menggunakan command "sudo apt-get autoremove". Kini, anda boleh membuang Garbage Package ini dengan lebih mudah dengan Ubuntu Tweak.

Menukar GNOME panel logo merupakan sesuatu yang biasa saya lakukan suatu ketika dahulu. Cara tradisionalnya ialah dengan menukar image start-here.png dalam folder tema icon kepada image yang ingin kita gunakan. Dengan ubuntu tweak 0.4.0, anda boleh menukar GNOME panel logo ini dengan lebih mudah!



Install dan Upgrade?

Hardy ;
deb http://ppa.launchpad.net/tualatrix/ubuntu hardy main
deb-src http://ppa.launchpad.net/tualatrix/ubuntu hardy main
Intrepid ;
deb http://ppa.launchpad.net/tualatrix/ubuntu intrepid main
deb-src http://ppa.launchpad.net/tualatrix/ubuntu intrepid main
Reload dan update ataupun install.

ENjoy!

Artikel berkaitan dengan kategori...



10 comments:

|1f34|-|1r3 said...

ubuntu ni makin lama makin menarik...adakah aku patut menjadi pengguna ubuntu tegar dah skang ni ? huhuhuhuhu~~

Anonymous said...

yaya. ak pn tgh try cuba membiasakan diri utk tidak bergantung kepada windoz.

aman said...

huhu...bleh letak icon suka ati ar pasnie kat panel logo..huhu

KAVA said...

a'a ubuntu jadi ketagih nak guna...
addict pada theme dia sedap mata memandang.. hehe

Jom Linux said...

cuba ganti logo ubuntu tu ngan logo windows...mesti akan berlakunya provokasi :D haha

En.Lanun said...

Dah sampai o.40 ke? aku review takat 0.3.5-1 aje..huhu ketinggalan...

rujuk -> http://mydubuntu.blogspot.com/2008/09/lagi-berkenaan-ubuntu-tweak.html

ayem36 said...

Assamualaikum dan sa;am sejastera

Boleh tak ia diinstall di xubuntu? saya buat tak dapat ler......

Post a Comment

Terima kasih atas respon..