Proses Installasi.
Saya memasang intrepid beta ini kedalam harddisk bersaiz 30GB dengan delete partition asal dan format kepada ext3. Proses installasi berjalan lancar dengan saya sempat perasan sedikit perubahan pada installer yang memasukkan grafik bagi keadaan partition sebelum dan selepas install. Selain dari itu, anda boleh setkan untuk autologin atau tidak ketika masuk balik kedalam ubuntu selepas install.
Pasca installasi.
Boot kedalam intrepid kali pertama mengambil masa 70 saat. Kepantasannya tidak begitu memberangsangkan atau mungkin disebabkan mesin eksperimen berCeleron M 1.7 GHz ini tidak begitu power untuk mencatat masa yang lebih pantas.
Benda pertama yang saya perasan ketika masuk ke desktop intrepid beta ialah wallpaper. Saya tidak begitu teruja dengan grafik wallpaper tersebut. Tema intrepid masih menggunakan tema Human yang lama dan masih tiada pembaharuan. Ini mungkin mengecewakan ramai dari pengguna ubuntu yang telah dijanjikan tema default yang baru bagi ubuntu sejak dari Hardy Heron lagi. Mungkinkah kita akan berputih mata sekali lagi?
Gnome 2.4
Intrepid beta telahpun mengadaptasikan Gnome 2.4 sebagai desktop environment. Antara pembaharuan yang 'boleh dirasai' dalam gnome 2.4 ini ialah nautilus yang menyokong fungsi tab, paparan yang semakin kemas, fungsi eject pada sidebar harddisk dan beberapa update kepada perisian gnome.
Network Manager 0.7
Berita baik bagi pengguna modem Huawei E220. Anda hanya perlu cucuk dan connect untuk menggunakan internet. Tidak perlu lagi melakukan editasi keatas wvdial.conf! Ahaks! Ini terjadi kerana NM 0.7 ini memasukkan sokongan khusus kepada 3G wireless. Saya nak tahu jugak apa jadi kepada modem jenis lain. Sila respon!
Compiz 0.7.7
Intrepid beta menggunakan compiz fusion versi 0.7.7. Ini bermakna anda boleh terus menggunakan efek sfera dan silinder bagi desktop cube jika kad grafik anda disokong oleh system.
Cara meninggalkan sesi desktop
Untuk shutdown, atau logout dan setara, intrepid ibex telah melakukan sedikit perubahan.
Risau takut rahsia terbongkar ketika kawan menggunakan pc anda? Guess session membolehkan anda meminjamkan pc ubuntu anda kepada rakan dengan rasa tenang. Berpindah dari user session kepada guess session juga sangat senang dengan 1 klik sahaja (ops, 2 klik!)
Versi aplikasi.
OpenOffice.org : 2.4.1
Pidgin : 2.5.1
Gimp : 2.4.7
Trasmission : 1.34
Firefox : 3.0.3
Linux Kernel 2.6.27-4 (RC kepada 2.6.27)
X.Org 7.4 dan X.Org Server 1.5
Python 2.5
Apache 2.2
PHP 5.2.6
GCC 4.3.2
Beberapa kelemahan.
1.Network Manager 0.7 dilihat masih tidak stabil terutamanya bagi auto-reconnect bagi 3G wireless. Ia akan freeze keseluruhan desktop dan ubuntu perlu direstart secara kejam bila ia terjadi. Terutamanya bagi saya sebagai pengguna Celcom berukband (dibaca broadband) yang diluar coverage 3G selalu bertukar-tukar antara GPRS dan 3G (atau Edge?) selalu mengalami situasi ini.
2.Intrepid beta juga tidak memasukkan aplikasi font viewer kedalam ubuntu secara default. Ianya satu kelemahan ketara yang tidak sepatutnya terlepas pandang!
3.Fungsi tab bagi gnome 2.4 masih terdapat sedikit bug iaitu ia tidak load seluruh isi direktory jika anda open with new tab. Saya tak pasti adakah ia hanya terjadi kepada saya atau kepada semua orang.
Konklusi.
Ketika saya simpulkan impressi saya ini, saya setkan kedalam minda bahawa saya sedang membuat rumusan tentang versi beta sebuah sistem operasi percuma yang paling popular. Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan intrepid beta ini dengan kadar 6/10. Intrepid Ibex versi penuh perlu mempunyai tema default yang baru dan perlu sesuatu pembaharuan yang diusahakan sendiri oleh team ubuntu.
Jika anda lihat senarai diatas, kebanyakkan pembaharuan adalah kerana aplikasi seperti gnome, compiz etc yang mengalami versi update dan ia tiada kaitan dengan usaha sendiri ubuntu. Ya, mungkin mereka melakukan sedikit tweak keatas gnome dan perisian lain supaya ia fix dengan ubuntu namun ianya masih terlalu kecil. Pihak pembangun ubuntu seharusnya melakukan sesuatu yang drastik samada perkara asas ataupun feel keseluruhan ubuntu setiap kali ia mengalami versi update.
buat duit http://adcash.org/reflink.aspx?mid=70756
ReplyDeletekenape ubuntu sanggup kuar os 1thn 2x? tak terlalu awal n byk ker versionnya nti? user cam aku xsempat nk xplore 8.04 dh kuar yg ibex nih..
ReplyDeletebagi ak, bgus jgk sebab cepat skit blajar dgn details pasal ubuntu ni. lagipun os sentiasa berada dlm keadaan update. tp still depend kepada versiny jgk. ak puas hati la dgn versi2 skg( ad bugs 1 2 tu normal la) tp still looking y stableny. anyway hidup ubuntu!!
ReplyDeleteubuntu ni update cepat macam RHEL/FEDORA ga..huhuhuu..mcam RHEL kadang2 sampe 3 setahun..depend...tau tak aper kelebihan RHEL dia orang aku guna stable kernel...tak macam distro lain yg kerap..update kernel..huhuhu
ReplyDeletecepat betul dia update dia puyer software
ReplyDeleteada sesapa kat sini guna opensuse ke? hmmm...
ReplyDelete@Jom Linux,
ReplyDeletei pernah guna suse linux yg lama, tapi x pernah guna opensuse
------------------------------------------------
anyway, walaupun ubuntu release version baru 2 kali setahun, tapi semua version pun lebih kurang sama je, so tak perlu explore terlalu banyak, yg penting, familiar dgn cli, then dah cukup lah.
slalu gak install n guna...hahaha...ok gak ar...tapi nak ram byk sikit kot...
ReplyDelete