Monday, October 27, 2008

Bayi Bernama Linux

Petikan JomLinux.com

Salah seorang rakyat Sweden, Christian Nielson telah mengirim e-mel memberitahu yang mana dia dan teman wanitanya telah menamakan anaknya Linux sempena dengan nama sebuah sistem operasi Linux.

Nielsan memberitahu, dia dan teman wanitanya, Veronica telah mempertimbangkan beberapa nama ketika waktu hamil, "tetapi bila bayi ini lahir seakannya tiada nama yang sesuai untuknya. Kami berdua fikir yang bayi kami kelihatan seperti Linux kecil apabila kami melihatnya dan membuat keputusan untuk menggunakan nama tersebut".

Mungkin pembaca tertanya-tanya apa reaksi datuk dan nenek bayi ini, Nielsan menjawab yang mereka tiada masalah dengan nama itu. "Reaksi dari keluarga dan rakan-rakan amat positif, mereka semua sukakannya. Keluarga kami fikir ia nama yang agak ganjil sedikit tapi masih satu nama yang menarik, dan kawan-kawan kami rasakan ia satu nama yang cool! Ada juga kawan yang bertanya sama ada kami akan meletakkan nama anak kami seterusnya dengan nama Microsoft."

Mungkin fenomena ini menimbulkan banyak persoalan. Adakah Richard Stallman akan memaksa bayi menggunakan GNU/Linux sama seperti dalam saranannya? Adakah bayi Linux dapat tidur (sleep) atau bangun semula (reboot) tanpa masalah?

Apapun, persoalannya. Saya bekalkan gambarnya di sini.

11 comments:

  1. 1 perkara yang amat menjadikan pengguna linux sedunia bangga kerana terdapat bayi yg dilahirkn dengan nma linux..microsoft menerima tamparan kerana xda pun org nk guna nama microsoft...

    mungkin nti akan ada nma bsd sebagai nma manusia...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Microsoft tak leh digunakan sesuke hati. Ada komplikasi dari segi hak cipta dan tanda dagangan.

    ReplyDelete
  4. hahaha..nak namakan anak kucing aku linux, gnome, firefox..ekekke..

    ReplyDelete
  5. nanti anak dia yg kedua taruk nama ooobuntuu :)

    ReplyDelete
  6. cadangan aku...

    namakan anak musang korang : firefox
    burung : thunderbird @ sunbird
    penguin : Linux
    sesumpah : opensuse

    ReplyDelete
  7. Linux is a registered trademark of Linus Torvalds. :)

    This is good article to read: http://kerneltrap.org/node/5581

    ReplyDelete
  8. nih keluar dari topik nih tapi saya nak mintak tolong macam mane nak upgrade kernel?

    ReplyDelete
  9. @Zamri : Linux memang didaftarkan bwh Linus Torvals. Tapi penggunaan Linux lebih byk diberikan kebenaran. Kalau tak silap aku bc kat linux foundation punya web site. Hanya perlu byr sejumlah lesen Linux jika kita menjual servis yg berkait dgn Linux. Contohnya, membekal support untuk Linux sepertimana yang Canonical jual tue. Support untuk Ubuntu.

    ReplyDelete
  10. @Bob : update kernel, setau aku le, cara mudahnya pergi ke Synaptic Package Manager.

    Tuliskan kernel kat ruangan Search. Bila keluar senarai. Ko pilih le kernel yang paling tinggi no siri dia.

    Kalau tak, cuba ko tick kat kernel tu, kemudian tekan butang upgrade.

    Harap membantu dan tegur kalu salah.

    ReplyDelete
  11. xyah update kernel.. compile jer.. byk source yg leh try

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...