Wednesday, October 29, 2008

BulentinPC : E-Mag untuk pengguna PC

Saya dihubungi oleh bro Kita memaklumkan projek terbaru beliau iaitu BuletinPC dan merangkap menjemput saya sebagai penyumbang artikel ubuntu (khususnya) dalam projek tersebut. BulentinPC akan bakal memuatkan berita terkini dunia teknologi dan tutorial berkaitan komputer ini boleh ditempah secara percuma melalui laman web rasminya : Laman Buletin PC.

Untuk waktu ini, buletinpc masih dalam rangka pembikinan dan penyusunan yang pesat.

Berkenaan dengan E-Maj pula, untuk beberapa waktu sebelum ini saya telah mengumpulkan 6 orang penulis yang terdiri daripada penyumbang artikel, pereka grafik dan sebagainya yang sanggup menghasilkan E-Maj edisi kedua.

Saya tidak mahu terburu-buru dalam merangka E-Maj kerana saya inginkan sesuatu yang stabil dan berdiri diatas realiti supaya hasilnya juga bukan sesuatu yang ala kadar. Banyak perkara harus disusun, dirangka, ditetapkan konsep, dan kesemua ini amat memakan masa terutamanya bagi sesuatu yang baru seperti ini.
Perjalanan beribu batu bermula dari langkah pertama. Percayalah, langkah pertama adalah antara yang paling payah.

2 comments:

  1. tq bro...apa kata kita gabungkan E-Maj dengan buletin pc...lagi cun :) sekarang dah ada 7 orang yg sanggup menjadikan buletin pc sebagai kenyataan...kita akan diskus guna ym bersama-sama 7 orang tersebut

    ReplyDelete
  2. @kita : aku akan fikirkan dan bincangkan cadangan ko tu..

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...