Tuesday, October 14, 2008

Menukar format (convert) .UIF kepada .ISO dalam ubuntu

Baru-baru ini saya berurusan dengan satu fail berformat .uif (universal image format). Ternyata saya tak faham mengapa ia dipanggil "universal" sedangkan fail berformat ini hanya boleh dimount menggunakan MagicISO dalam windows (walaupun anda boleh install magicISO guna wine dalam ubuntu. Tapi MagicISO bukanlah satu perisian yang percuma. Ianya sememangnya menyusahkan sehinggalah saya berjumpa penyelesaian berikut.

Seorang programmer bernama Luigi Auriemma telah menghasilkan apa yang dinamakan uif2iso yang boleh digunakan dalam semua platform sistem operasi dan ianya percuma. Cara-cara menggunakan uif2iso ini ialah;

1.Pergi ke website Luigi Auriemma dan cari uif2iso kemudian download.

2.Unzip fail yang didownload tadi.

3.Masuk ke folder yang terhasil dan masuk folder src menggunakan terminal.

4.Install dependencies dengan memasukkan command;
apt-get install zlib1g zlib1g-dev libssl-dev
5.Masukkan command;
make
6.Pindahkan fail .uif anda ke dalam folder src tadi dan taipkan command berikut untuk menukar formatnya kepada .iso;
./uif2iso contoh.uif contoh.iso
Dan anda akan mendapati satu fail contoh.iso akan terhasil dalam folder yang sama. ISO merupakan format image yang boleh dimount menggunakan perisian default dalam ubuntu.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...