Persoalannya bukan hari ini tetapi selepas ini. Saya selalu bertanya kepada diri sendiri - "Apa lagi selepas ini?". Seperti mana-mana blogger, saya memulakan blog ini hanya untuk tujuan cuba-cuba atau main-main. Namun ditengah-tengah perasaan main-main itu, blog ini telah menjadi bukan sahaja blog yang virtual (maya), tetapi juga telah melibatkan diri dalam aktiviti alam nyata.
Menyoroti garisan masa selama setahun itu, terdapat beberapa projek yang saya usahakan dan dibantu oleh rakan-rakan pembaca dan juga blogger seperti tutorial memasang osx kedalam pc yang mendapat sambutan yang begitu menggalakkan. Kemudian saya menerbitkan E-Maj sekitar bulan Mei yang sehingga kini dinikmati secara kasar oleh belasan ribu pembaca. Saya juga bersama bro ubuntuseekers telah mengadakan program ubuntu@iPT yang menyaksikan penampilan sulong di kolej ShahPutra. Selepas ini insyaallah jika tiada apa-apa halangan, saya dengan kerjasama pensyarah di Politeknik Sultan Mizan Dungun akan mengadakan bengkel ubuntu selama sehari pada 30 Nov yang melibatkan 40 pelajar bersama 5 lagi pensyarah.
"Apa lagi selepas ini?" - Itu yang saya tanyakan kepada diri sendiri sekarang. Selepas ini insyaallah akan terbit E-Maj edisi 2 dan juga buku praktikal ubuntu dalam rangka-rangka penting untuk disiapkan.
Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penulis melayubuntu terutamanya bro fahmi dari jomlinux.com, bro rizq, bro terazzatale, bro adib, bro bro sic dan semua pembaca melayubuntu yang memberikan pengalaman yang cukup berharga dalam hidup saya.
Semoga saya sempat menulis sesuatu seperti ini untuk ulang tahun kedua blog ini. Insyaallah.
"Manusia hanya memiliki satu jangka hayat - tetapi sejarah akan mengingati anda selama-lamanya"
tahniah melayubuntu! usaha yang diberikan tidak sia-sia, malah perkembangan perkongsian ilmu disini khususnya dalam tutorial ubuntu membanggakan!
ReplyDeletedisamping memperkembangan budaya menggunakan sumber terbuka dapat juga meningkatkan kesedaran tentang kualiti perisian sumber terbuka.
terutama kepada orang kita yang sering dimanjakan dengan perisian dari monopoli dan perisian lanun.
harapan aku semoga melayubuntu akan terus kukuh dipersada maya dlm bahasa melayu.
ps : melayubuntu seusia dengan blog aku rupanya ;)
Assamualaikum dan salam sejastera....
ReplyDeleteAdus!!!!!! Power giler ayat bro zul.
happy birthday to you..
ReplyDeletehappy birthday to you..
happy birthday to MELAYUBUNTU!!
happy birthday to you!!
(nyanyikn sndiri yee..aku da pnat tulis lirik tuu)
haha..
selamat ulang tahun pertama wahai MelayU buntu!
salam.. zul . aku ucapkan tahniah dan teruskan usaha usaha murni menyebarkan ilmu kepada orang ramai.
ReplyDeleteHepi Besday to u...
ReplyDelete& Hepi Besday to all of us!!!
Teruskan "the good work"!!!...
oh yes!
ReplyDeletetahniah buat Bro Zul
bolehlah jadi pembaca setia di blog ini..
terima kasih kembali..name aku pun ko ade tulis gak..tq.
ReplyDeletesementara nak tunggu 8.10 officially kluar, aku sekarang tengah guna linux mint 5.0 (asas ubuntu 8.07).
kenape? sebab aku suke. tu je yang mampu diungkapkan. dan mungkin akan bertukar ke mandriva 2009 semula sebab - aku berasal pun dari mandrake (nama lama mandriva).
bro melayubuntu, usaha anda tidak akan sia-sia. kalau tak dapat ganjaran di dunia pun, di akhirat kelak pahalanya tetap dikira.
tapi, jika ada peluang buat duit dengan ubuntu, aku amat2 galak kan ko grab that !
haha..nama aku pun ada...selamat ulang tahun melayubuntu... :D
ReplyDeletenota : pun baru perasan ko tukar header pakai background ubuntu baru...
@rizq: name mandrake tu bkn yg lame ke?? setahu sye mandake bertukar jdi mandriva...entah laa..huhu
ReplyDeletejipang -> betul le tu, dulu madriva sekarang bila dah merge dengan conectiva jadi le Mandriva.
ReplyDeletenahu bahasa aku je salah..hehehe
rizq tulis : nama lama mandriva
ReplyDeletesepatutnya dia nak tulis : nama lama bagi mandriva
betul tak rizq?
semoga terus menerus menulis dan semoga tidak hilang semangat utk meneruskan perjuangan ubuntu !
ReplyDeletejom linux --> ya betul.
ReplyDeleteterima kasih juga pade encik jom linux dan jipang kerana sentiasa update dengan entri-entri terbaru berkaitan ubuntu dan juga linux secara umumnya.
aku promote pade semua pembaca sekalian agar menghargai sumbangan saudara2 kita ni - sentiasa lawat blog mereka dan memberi komen juge dah cukup merangsangkan mereka untuk sentiasa menghasilkan entri2 yang bernas dan berguna.
Tahniah Zul.. ko memang berjaya konsisten dengan pos2 yang tak pernah putus.. walaupun ko sibuk.
ReplyDeleteAku doakan MelayUbuntu terus maju, dan menjadi penggalak kepada gerakan FOSS kat negara ni.. ^_^
thanks all... sapela melayubuntu tanpa korang...hehehe.. smoga aku boleh bg komitmen pada benda yang aku suka dimasa akan datang..huhu
ReplyDeleteTaniah melayubuntu...teruskan usaha anda. ;)
ReplyDeletehepy bepday melayubuntu...
ReplyDeleteharap jngn d hentikan..
teruskan usaha anda.. byk info dan maklumat berguna dlm blog ini...
ReplyDeleteTerima kasih Melayubuntu kerna Mu lah aku mengenal ubuntu, buon natale melayubuntu
ReplyDelete@rizq: aku saje jee kaco sanubari ko..hak3..
ReplyDeleteape2 pon harap bukan saja melayubuntu, tapi semua penggiat blog dan website berkaitan Linux khususnya Ubuntu dapat menghasilkan artikel yang bermutu dan berkualiti.
happy besday..
ReplyDeleteteruskan usaha untuk rujukan semua..
tahniah bro... dah setahun ekk... moga orang ramai dapat ilmu yang ada dalam blog nie
ReplyDeleteTahniah zul. Selamat maju jaya. Mungkin lepas kemunculan melayubuntu ni, ada plak kemunculan melayuslackware, melayumandrive, melayufedora, melayufreebsd dan seangkatan dengan melayubuntu agar terus dapat memartabatkan linux didalam bahasa melayu.
ReplyDeleteOh ye, mungkin zul boleh cuba menggiatkan diri didalam projek penterjemahan bahasa melayu dalam OSS. Cuba hubungi MAMPU atau kawan-kawan dalam forum ittutor.net.
p/s ~ aku nak buat tutorial slackware dalam bahasa melayu jgaklah.hahaha
tahniah zul...aku pun baru dapat cd ubuntu...nak install dah ni...terima kasih melayubuntu.....
ReplyDeleteTahniah Zul. Ulangtahun pertama yg penuh bermakna. Semoga terus berblog. Blog bahasa melayu mmg diperlukan utk menarik pengguna Malaysia.
ReplyDeletetahniah dan teruskan usaha. :)
ReplyDeletekalau la aku dapat wat tutorial pasal UNIX kan best...
ReplyDeleteselamat ulang tahun melayubuntu...
ReplyDelete;)
aku baru je jumpa blog ni..Mmg best dan menarik..Byk benda aku boleh bljr lagi pun aku baru nak kenal hati budi kernel linux..Selamaat ulangtahun pertama utk melayubuntu,keep up dude..
ReplyDeletetahniah mr zul...semoga usahamu didengari oleh seluruh rakyat malaysia dan semoga melayubuntu dan ubuntu menjadi pilihan utama rakyat malaysia
ReplyDeletetahniah saudara zul... kita kongsikan bersama ilmu dan pengalaman bersama dalam dunia OSS ini dan Ubuntu.
ReplyDelete