Saturday, October 18, 2008
GPicView : Image Viewer yang lebih pantas dari Image Viewer
Apakah image viewer paling ideal bagi anda? Bagi saya, image viewer sepatutnya pantas dan sesempurna sesuatu image viewer itu ialah apabila ia mampu membuka sesuatu imej dalam sekelip mata. Image viewer juga sebaiknya mempunyai interface yang sangat simple, bersih dan mempunyai integrasi yang baik dengan image editor. Image viewer default dalam ubuntu mempunyai integrasi yang baik dengan perisian lain (mempunyai fungsi open with apabila anda klik pada image yang dibuka) tetapi agak sedikit lambat.
Saya telah melakukan sedikit eksperimen berkenaan masa yang diambil oleh image viewer default ubuntu dan dibandingkan dengan GPicView dan keputusannya adalah seperti berikut;
Image Viewer Ubuntu : 1.67 saat.
GPicView : 0.97 saat.
Eksperimen ini dilakukan dengan menguji kedua-dua perisian membuka satu fail imej yang sama yang bersaiz 3000x2122 px.
Namun terdapat sedikit kelemahan bagi GPicView iaitu ia tidak diintegrasi secara baik dengan perisian image editor. Ianya hanya untuk preview sesuatu imej dan itu sahaja. Namun ada satu lagi kelebihan GPicView iaitu ia dibangunkan dengan objektif penggunaan memori yang sedikit.
Install : GPicView
Anda boleh setkan GPicView sebagai default image viewer dalam ubuntu dengan mengubah setting pada preferences. Itu sahaja. Semoga bermanfaat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome
Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...
-
Nota Penting : Sila pastikan anda mengisi borang atau sms setelah melakukan pembayaran. Oleh kerana ramai yang bank in duit, amat sukar bagi...
-
ShimG pernah melakukan satu kajian mengenai Persepsi masyarakat terhadap penggunaan perisisan sumber terbuka untuk projek tahun akhir. Ber...
Kepantasan dlm membuka image dlm komputer adalah sgt penting terutamanya utk mengedit image tersebut.
ReplyDeletewaah hebat2!
ReplyDeleteapa kbr bro skang? dah lm xjgk2 sini. haha
GPicView ni mcm windows picture viewer...skdr untuk tgk gmbr.
ReplyDeleteAssalamualaikum. Baru 1st time kat sini. Saja nk mengkomen. Nampak mcm Windows XP nye image viewer je.Tapi bagus gak simple and fast.
ReplyDeletehehe mmg nmpk sama tp cb guna nnt akan nmpk kelainan.
ReplyDeleteaah....cepat skit gune GPic nih dr viewer default...cume aku nk tau kot sape yg tau kalo2 ade program utk buke pdf yg cepat dari Evince Document Viewer 2.22.2....mcm lembab skit r...
ReplyDeleteaku kaki baca manga kt laptop. so, paling penting, view gmbr tu biar besar, fit full screen, mudah zoom.
ReplyDeletedefault image viewer kt Ubuntu, frame dia besar ngat, so image xmaksimum saiz display. so, bila nk baca manga, aku guna WinXP, Fax Viewer tu. laju pon laju.