Apa itu Ubuntu?
Ubuntu ialah sebuah sistem operasi (operating system) seperti juga windows dan boleh dipasang dalam apa jua kotak yang dipanggil komputer (atau dengan nama timbangan desktop, laptop, notebook, netbook, etc). Harus diingat, ubuntu tidak boleh dipasang kedalam televisyen, radio mahupun peti sejuk. Untuk apa windows berfungsi dan untuk itu jugalah ubuntu berfungsi.
Mengapa anda perlukan Ubuntu?
Jika anda bosan dengan virus, merasa bersalah atau tak selesa kerana menggunakan windows versi cetak rompak, bencikan microsoft kerana sikap monopoli, merasa tak berkat kerana menggunakan banyak perisian pirate, inginkan kebebasan dalam berkomputer, boring dengan windows, dan sebagainya - anda adalah calon yang layak beralih kepada ubuntu.
Bagaimana untuk beralih ke ubuntu?
Anda boleh memasang ubuntu menggunakan wubi didalam windows (paling senang), atau melakukan dual boot (satu komputer boleh guna windows dan ubuntu), atau juga terus menggunakan ubuntu dengan delete partition windows (clean install). Dapatkan CD ubuntu terlebih dahulu untuk memasangnya secara dual boot dan clean install.
Download Ubuntu : http://ubuntu.com
Tempah CD Ubuntu : https://shipit.ubuntu.com
(Note:Kedua-dua percuma)
Perisian dalam ubuntu (perbandingan dengan windows)
Semua perisian dalam ubuntu adalah percuma dan berasaskan sumber terbuka
Memperkenalkan Wine
Wine bukannya arak disini. Ianya satu aplikasi yang membolehkan anda memasang perisian dalam windows menggunakan fail .EXE, kedalam ubuntu. Selepas memasang Wine, anda boleh memasang perisian windows tadi dengan hanya double click padanya seperti yang anda lakukan dalam windows. Walaupun Wine tidak menyokong kesemua aplikasi windows, tetapi bilangan perisian yang disokong semakin bertambah hari ke sehari.
Kelebihan Ubuntu
- tidak mempunyai virus
- percuma dan bebas
- senang disesuaikan dengan kehendak pengguna
- komuniti yang besar
- efek grafik yang jauh meninggalkan vista dan mac osx
- kebebasan dalam penggunaan
- berasaskan sumber terbuka
- kerap diupdate (6 bulan sekali untuk versi baru)
- dilengkapi dengan perisian bebas dan hampir 20,000 pakej dalam APT
- hanya memerlukan 256MB RAM dengan Pentium 3 sebagai kebolehan minima komputer
- desktop yang fleksible
Ini adalah versi terbaru ubuntu yang bakal dilancarkan pada 30 Oktober ini. Ianya satu versi yang dilengkapi dengan kemudahgunaan, kestabilan, kemudahcapaian dan keselamatan yang paling terkini dan tercanggih dari versi-versi yang sebelum ini. Ia dinomborkan sebagai 8.10 dengan angka 8 mewakili tahun 2008 dan angka 10 mewakili bulan 10.
Tamat Part 1.
Cayalah bro..
ReplyDeleteTapi kan aku still tak paham macam mane nak install software. Kalau windows, double click .exe tu, kalau linux based mcm mane? drag masuk dalam folder tertentu?
Lagi satu nak tanye pasal driver. Mane nak tau compatible ke? Jgn reply comment aku, tp ko tules la blog entry pasal ni. aku CF ko ;)
best betul pendekatan macam ni.. baru orang boleh berubah dari Windows ke Ubuntu ...
ReplyDeleteBila nk start Part 2 ?
@NoktahHitam : ok nnti aku reveal dlm part 2...
ReplyDelete@Ben : coming soon...ekeke..
Coming soon is good ....
ReplyDeletePart 2 ni mesti lagi best ...
aku dah order 20 set Ubuntu untuk aku distribute kat member2 & lecturer aku ...
so dengan adanya post mcm ni, boleh aku tunjuk dan ajar diorg sebab apa kita menggunakan Ubuntu ....
xsabar nk tunggu Part 2 ni ....
part 3 dile plak
ReplyDeleteharap2 ada opensource yg support Ms Project, Ms Visio, MS Infopath dan Ms Access
ReplyDelete