New Project : Konsep Buku Praktikal Ubuntu dalam bahasa melayu!
Saya secara rasmi mengumumkan (atau bercadang) satu projek baru yang saya ilhamkan berdasarkan hasil dari respon pembaca terhadap blog ini, emaj, dan soalan melalui email dan YM. Projek ini secara kasarnya boleh dihuraikan sebagai, menghasilkan sebuah buku rujukan asas ubuntu dalam bahasa melayu. Ianya bukan produk elektronik tetapi sebuah buku penerangan praktikal tentang ubuntu dengan beberapa idea segar dan menarik. Mengapa idea ini timbul. 1.Saya ingin membina satu tapak yang sesuai yang bakal menjadi pusat kepada rujukan ubuntu dalam bahasa melayu. Selama ini rujukan yang ada terpisah dan pengguna baru terkial-kial mencari maklumat seperti apa itu terminal, apa itu nautilus, apa itu pidgin dan sebagainya. Sistem blog yang memaparkan entri terkini pada page paling hadapan dan konsep ini tidak begitu sesuai untuk pusat rujukan seperti yang saya maksudkan. Pengguna ubuntu yang baru masih lagi terkial-kial mencari maklumat atau mungkin penyelesaian yang diingini dalam proses pembiasaa...