Posts

Showing posts with the label sosial

Yoono untuk Chrome : Sosial di satu tempat

Image
Saya pernah mengulas tentang Yoono , satu aplikasi pengurusan akaun sosial berpusat. Ianya boleh dipasang dalam Ubuntu (Linux), Mac OSX dan juga windows. Ianya juga mempunyai add-on untuk pelayar web Firefox, dan kini ianya menyokong Chrome (beta), pelayar web kegemaran saya. Saya rasa ianya lebih praktikal untuk mempunyai fungsi ini pada pelayar web kerana apabila anda klik pada mana-mana pautan, ia akan dibuka secara terus dalam pelayar web berbanding aplikasi Yoono pada desktop yang membuka pautan menggunakan paparan yang terbina dalam aplikasi yoono itu sendiri (walaupun boleh disetkan untuk membuka pautan pada pelayar web). Untuk memasang dan mencuba Yoono samada pada pelayar web atau juga desktop, anda boleh melayari laman  http://yoono.com/ .

Mampukah millatfacebook menyaingi facebook?

Image
Selepas kontroversi munculnya sekumpulan pengguna facebook (laknatullah) yang menganjurkan hari melukis Nabi Muhammad saw, Mahkamah Pakistan lantas mengeluarkan arahan untuk menghalang sebarang bentuk akses ke laman itu di negara tersebut. Lalu muncullah beberapa anak muda dari negara pakistan yang mewujudkan satu altenatif kepada facebook dan dipanggil millatfacebook yang mana millat bermaksud negara (bererti negara facebook). Setelah mendapat bantahan yang luar biasa dari pengguna islam dalam laman facebook, laman blog media sosial ternama iaitu Mashable melaporkan facebook telah meminta maaf secara rasmi kepada pakistan dan kemudian menyaksikan pakistan kembali membenarkan akses ke laman facebook di negara itu. Dalam masa yang sama, millatfacebook semakin mendapat sambutan samada dari pakistan ataupun dari seluruh dunia. Sentimen anti zionis semakin memuncak apabila dunia menyaksikan serangan tanpa belas kasihan tentera komando zionis keatas kapal bantuan kemanusiaan Freedom Fr...