Posts

Showing posts with the label pdf

Mencantumkan dokumen PDF dan imej dengan mudah menggunakan Couturier

Image
Diinspirasikan oleh iCombiner untuk Mac OSX, Couturier adalah satu aplikasi untuk linux yang berfungsi untuk mencantumkan dokumen PDF dan Imej ke dalam satu dokumen yang boleh dilindungi oleh kata laluan yang ditetapkan oleh penciptanya. Cara penggunaannya semudah ABC, drag & drop fail PDF dan imej ke dalam Couturier, tentukan susunan dokumen tersebut dengan drag & drop, masukkan kata laluan (sekiranya anda ingin melindungi dokumen anda), kemudian klik butang Combine. Memasang dalam Ubuntu Pergi ke laman Couturier dan muatturun fail .deb dan double click padanya untuk meneruskan proses pemasangan. Kemudian, menunya boleh didapati dalam Applications - Office - Couturier. Video cara penggunaan. Selamat mencuba.

Modify fail PDF dalam ubuntu lebih mudah dengan PdfMod

Image
It can rotate, extract, and remove pages, and supports reordering pages via drag and drop. You can edit the title, subject, author, and keywords, and you can combine documents via drag and drop. Ini ialah perisian yang saya cari-cari selama ini untuk ubuntu. Dahulu saya tertanya-tanya, bagaimana nak menyatukan fail-fail pdf yang berselerak dalam satu dokumen. Cara lama ialah, menggunakan command line yang semestinya bukan satu penyelesaian yang disukai ramai. Kini, pembangun GNOME telah membangunkan PdfMod berlandaskan beberapa projek lain termasuk Poppler, PdfSharp , Mono, Gtk#, Cairo, dan Banshee's Hyena library, dicantumkan kedalam 2700 baris pengatucaraan #C, melahirkan satu perisian yang cukup berguna kepada mereka yang terlibat dengan editasi dokumen berformat PDF. Memasang PdfMod dalam ubuntu. 1.Pasang dependencies dan build tools: sudo aptitude install build-essential intltool mono-gmcs 2.Masukkan command: sudo ln -s /usr/bin/gmcs2 /usr/bin/gmcs 3.Dapatkan fail PdfMod 0.5: ...