Keselamatan : Firestarter Firewall
Selain daripada virus, kita perlu juga sedar bahawa firewall adalah pertahanan terawal diantara kita dan juga internet. Didalam linux kita tidak perlu risau akan virus, namun kita perlu berjaga-jaga kerana linux terutama server seringkali di exploit oleh para hacker. Jadi cara untuk menyelamatkan diri daripada serangan exploit adalah dengan menggunakan firewall untuk menutup port-port yang tidak perlu. Didalam kernel Linux terdapat module yang menjalankan tugas menapis data yang keluar masuk kedalam komputer kita. Module tersebut dipanggil iptable dan ipchain. Selain itu didalam Ubuntu sendiri telah terdapat satu lagi software penapisan atau firewall yang dipanggil UFW (Uncomplicated FireWall), walaubagaimanapun buat masa ini ketiga-tiga firewall diatas adalah agak rumit kepada mereka yang baru dalam dunia Ubuntu/Linux kerana configuration ketiga-tiga software ini adalah berasaskan teks (text based). Jadi saya mahu memperkenalkan Firestarter Firewall yang mempunyai GUI (graphical user...