Salam...maaf dipinta kerana pergi bercuti tak diberitahu. 'Hiatus' selama 6 bulan oleh sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Dipendekkan cerita saya masih ingin menyumbang kepada komuniti yang banyak telah memberi saya pengajaran, pengalaman yang berguna dan kini adalah masa saya pula untuk menyumbang kembali kepada komuniti sumber terbuka. Kali ini betul-betul bukan main- main punya...Insyallah. Baiklah terus kepada topik. 27 mei 2011 Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Negeri megadakan serbuan ke atas premis yang menjual perisian cetak rompak. Yang ditangkap disiasat di bawah Akta Hak Cipta 1987 dan jika sabit kesalahan mereka boleh didenda sehingga RM20,000 bagi setiap salinan cetak rompak atau penjara maksimum lima tahun. Wah bayangkan itu baru satu salinan katanya ada 6 salinan maknanya.......kalau sabit kesalahan kena denda RM 120,000 atau 30 tahun penjara atau dua-dua sekali. Arkib Utusan. Jadi, kita sepatutnya turut sama berganding...