Posts

Showing posts with the label green-culture

Install Granola dan Hijaukan planet kita kembali

Image
Kempen Earth Hour merupakan sesuatu yang sangat berimpak besar dalam menyedarkan penduduk bumi tentang betapa seriusnya masalah kesan rumah hijau. Selain itu, movie termahal dunia, Avatar juga menyampaikan banyak mesej penting iaitu perihal menjaga alam semulajadi. Dalam movie tersebut, Jake Sully telah pergi ke sebatang pokok suci puak Na'vi dan meminta Eywa (tuhan puak Na'vi) melihat kedalam memori Dr. Grace Augustine yang telah bersatu dengannya. Jake mengatakan, tempat asal manusia (bumi) tidak lagi hijau seperti asalnya. Kesan rumah hijau bukan lagi isu asing yang dianaktirikan. Dalam persidangan perubahan iklim anjuran PBB baru-baru ini, Malaysia mengumumkan untuk mengurangkan 40% pelepasan karbon dioksida ke udara. Ternyata isu alam sekitar bukan sekadar isu yang melibatkan kerajaan semata-mata tetapi rakyat secara keseluruhannya yang hidup dalam ekosistem yang sama. Sekiranya rakyat tidak komited untuk berubah, mana mungkin 40% pengurangan karbon dioksida itu mampu ...