Posts

Showing posts with the label ubuntu one

Ruang Ubuntu One Ditingkatkan Ke 5 GB, Mencapai 1 Juta Pengguna

Image
Ubuntu One merupakan perkhidmatan simpanan fail berasaskan teknologi awan dan kini diumumkan telah mencapai 1 Juta Pengguna. Lanjutan dari pencapaian itu, kini pihak Canonical telah mempertingkatkan ruang simpanan percuma dari 2 GB ke 5 GB. Ubuntu One Control Panel Dalam Ubuntu 11.10 Alpha 2 Pastinya ini adalah satu berita gembira kepada pengguna ubuntu seperti saya yang selama ini bergantung kepada Dropbox sebagai penyedia ruang simpanan awan. Setidak-tidaknya, tawaran ruang simpanan yang lebih besar ini akan memudahkan pengguna yang membeli lagu di Ubuntu Music Store membeli dengan lebih banyak lagu lagi dan membawa keuntungan kepada Canonical. Saya juga tertarik kepada angka 1 juta pengguna yang diumumkan kerana pada saya ia melambangkan tidak ramai pengguna ubuntu yang menggunakan perkhidmatan Ubuntu One. Semoga pihak pembangun ubuntu & Canonical dapat mempertingkatkan lagi fungsi Ubuntu One ini dimasa akan datang.

Ubuntu One Files : Aplikasi Sync File Ubuntu One Bersama Android

Image
Ubuntu One merupakan fungsi sync data dari desktop ubuntu ke server ubuntu dan setiap pengguna diberikan 2GB ruang penyimpanan secara percuma. Kini pihak pembangun ubuntu melepaskan pula aplikasi Android iaitu Ubuntu One Files yang membolehkan pengguna sync fail ubuntu one bersama peranti Android. Sekiranya anda salah seorang pengguna peranti Android, aplikasi ini boleh dimuatturun melalui Android market menggunakan link & QR Code berikut;   https://market.android.com/details?id=com.ubuntuone.android.files Selamat mencuba.