Faenza Gnome Icon Theme : Tema ikon gnome yang Wow~!
Saya sudah agak lama bersara dari mencari tema desktop dan kekal menggunakan tema default daripada ubuntu kerana saya merasakan tema sekarang cukup cantik dan paling penting, saya selesa dengannya. Namun tema ikon Faenza ini cukup berbeza dari yang lainya. Pertama kali melihatnya, ia membuatkan saya ingin mencubanya. Kali pertama mencubanya, ia membuatkan saya tidak mungkin kembali menggunakan tema ikon yang lain. Muatturun Faenza Gnome Icon Theme Meskipun tema ikon ni masih belum mencapai tahap matang dan berada pada versi 0.5 dengan anggaran separuh jalan, saya sangat-sangat teruja untuk menunggu versi penuh tema ikon ini. Memasangnya dalam Ubuntu 10.04 Muatturun fail ikon ini dalam format .ZIP, UNZIP dan masuk ke dalam folder yang terhasil. Kemudian run install.sh seperti dalam screenshot dibawah; Kemudian, klik pada desktop - pilih change desktop background - buka theme tab - klik pada customize - klik pada icon tab dan pilih icon faenza samada normal atau dark. Akhi...