Posts

Showing posts with the label eksperimen

Jom skype dalam Ubuntu!

Image
Ahha! Macam-manala saya boleh tak pernah try skype dalam ubuntu. Mengong betul. Malam ini (4 Mac 2009), saya entah macam mana tergerak hati untuk memasang aplikasi skype dalam ubuntu 8.10 intrepid ibex, dalam macbook 3,1 santa rosa. Proses pemasangan agak mudah dengan memuat turun file deb untuk ubuntu disini . Kali pertama dilancarkan, ia akan memaparkan login screen dan anda boleh bina akaun baru jika masih tidak mempunyai akaun dalam skype (atau lupa password untuk akaun skype anda yang lama). Skype merupakan perisian untuk memudahkan anda telefon dari komputer kepada komputer, atau komputer kepada line telefon biasa (dikenali sebagai VOIP), dan bukan itu sahaja, skype juga menyokong telefon bervideo untuk komputer ke komputer. Selain dari telefon, pengguna skype juga boleh chat sesama mereka sebagaimana protokol IM yang lain. Apa yang tak pernah saya cuba ialah, telefon dari komputer ke komputer menggunakan skype didalam ubuntu. Malam ini, saya melakukan eksperimen menguji prestas...

Kronologi dan pengalaman memasang Ubuntu Intrepid Ibex kedalam MacBook

Image
Saya setkan diminda, apa jadi pun saya tetap akan memasang ubuntu intrepid ibex kedalam macbook v3.1 Santa Rosa. Dan apabila Apple Boot Camp gagal untuk partition harddisk 'Macintosh HD', saya semakin jelas bahawa ini bukan suatu kerja yang mudah. Mengapa saya begitu 'bernafsu' untuk melakukan operasi ini? Bateri macbook boleh bertahan selama 6 jam - kalau tak silap (laptop buruk saya hanya bertahan 1 jam) dan itulah sebab yang paling besar mengapa saya nak sangat pasang ubuntu kedalamnya.. 1Nov 08 Saya pergi ke rumah bro syah (thanks bro) mendapatkan ISO bagi versi terbaru ubuntu iaitu versi 8.10 intrepid ibex. Kesemuanya berjalan lancar dan saya pulang kerumah dengan harapan yang menggunung. Apabila kita ingin install ubuntu - setkan pada minda bahawa ia perlukan 'ruang'. Saya memulakan operasi dengan menggunakan Boot Camp untuk menghasilkan ruang (partition) dengan saiz yang paling minima (5GB) namun Boot Camp gagal. Saya sendiri tidak begitu jelas akan sebab...

Eksperimen menguji ClamAV(antivirus) dalam ubuntu

Image
Virus adalah kewujudan yang tidak diperlukan bagi sesiapapun - kecualilah jika anda pembangun antivirus untuk keuntungan. Analysis of the Impact of OSS Oct 2001 mendedahkan industri antivirus pada ketika itu mencatatkan jumlah jualan melebihi $1000,000,000 dollar setiap tahun. Namun terdapat juga pembangun antivirus sumber terbuka yang dibangunkan bukan atas dasar mengaut keuntungan, tetapi atas dasar membantu komuniti kerana mereka menganut prinsip "perisian seharusnya percuma, kod perisian sepatutnya boleh diperlihatkan kepada umum, dan pengguna bebas menggunakannya tanpa terikat kepada apa-apa copyright". ClamAV adalah antara antivirus yang memakai prinsip tadi. Istiewanya, ia antivirus untuk sistem yang berasaskan UNIX - termasuk linux, mac osx! Saya tertarik kepada artikel yang ditulis oleh sdr od3n berkenaan menguji antivirus dalam windows . Ujian berkenaan bakal mendedahkan kualiti yang ada pada satu-satu antivirus. Hipotesisnya mudah, jika antivirus dalam windows ga...

Membuang Data Daripada Harddisk Anda ?

Mungkin didalam harddisk anda mempunyai data yang penting atau rahsia yang tidak boleh didedahkan kepada orang lain dan dalam masa yang sama anda ingin menjual atau memberi harddisk tersebut kepada orang lain. jadi anda sudah tentu perlu untuk membuang data tersebut daripada harddisk anda. Mungkin ramai daripada kita yang tidak tahu bahawa sekiranya kita membuang data dengan hanya menggunakan perintah rm atau klik kanan kemudian Move to Trash dan mengosongkan Recycle Bin, anda sebenarnya belum melenyapkan actual data tersebut daripada harddisk anda. Kerana cara yang dinyatakan diatas hanya akan membuang pointer didalam index (partition) harddisk kita sahaja yang secara tidak langsung membuatkan OS kita tidak dapat membaca data tersebut. Perkara ini juga sama sekiranya kita menformat harddisk kita. Bagi mereka yang berkemahiran dan mahu mendapatkan semula data tersebut, tidak akan menjadi masalah kerana terdapat banyak software yang boleh digunakan untuk mengembalikan data tersebut. Jad...

Eksperimen dalam Ubuntu Hardy Heron [Esklusif Video]

Apa kata kalau sebuah laptop kecil dilengkapi processor Celeron M 1.7GHz, 1GB RAM dan Intel GMA 950 yang terpasang Ubuntu Hardy Heron didalamnya melarikan atau "run" lebih 30 perisian/aplikasi secara serentak?? Untuk mengetahui hasilnya, sila tonton video berikut; Dalam eksperimen ini, antara perisian yang saya run secara serentak termasuklah Firefox(5tabs terbuka), Thunderbird, GIMP, Inkscape, Scribus, Pencil, Songbird, MPlayer, Miro, VLC, Pidgin, Terminal, RssOwl, Fresh (adobe air app), OpenOffice3beta, OpenOffice 2.4, Ubuntu Tweak, GThumb, Transmission (uploading), Opera, Cairo-Dock, dan bermacam lagi. Pada permulaan eksperimen berlaku sedikit kelembapan namun sehingga akhir eksperimen ini, sistem ubuntu tidak menunjukkan tanda-tanda "hang" atau "merajuk" atau sebagainya yang biasa dialami didalam windows dan saya simpulkan bahawa ubuntu mampu bertahan menanggung beban aplikasi yang begitu banyak dalam satu-satu masa tertentu. Dalam video diatas ...