Wednesday, March 04, 2009

Jom skype dalam Ubuntu!

Ahha! Macam-manala saya boleh tak pernah try skype dalam ubuntu. Mengong betul. Malam ini (4 Mac 2009), saya entah macam mana tergerak hati untuk memasang aplikasi skype dalam ubuntu 8.10 intrepid ibex, dalam macbook 3,1 santa rosa.

Proses pemasangan agak mudah dengan memuat turun file deb untuk ubuntu disini. Kali pertama dilancarkan, ia akan memaparkan login screen dan anda boleh bina akaun baru jika masih tidak mempunyai akaun dalam skype (atau lupa password untuk akaun skype anda yang lama).

Skype merupakan perisian untuk memudahkan anda telefon dari komputer kepada komputer, atau komputer kepada line telefon biasa (dikenali sebagai VOIP), dan bukan itu sahaja, skype juga menyokong telefon bervideo untuk komputer ke komputer. Selain dari telefon, pengguna skype juga boleh chat sesama mereka sebagaimana protokol IM yang lain.

Apa yang tak pernah saya cuba ialah, telefon dari komputer ke komputer menggunakan skype didalam ubuntu. Malam ini, saya melakukan eksperimen menguji prestasi skype dalam ubuntu.

Kali pertama anda membuka aplikasi skype, anda dicadangkan untuk menguji fungsi telefon dengan user Skype Test Call. Dalam ubuntu, ia menunjukkan error pada audio playback. Lalu saya google untuk mencari penyelesaian. Caranya, buka option pada skype dan klik pada Sound Devices dan tetapkan perkara berikut;



Untuk membolehkan mic anda berfungsi pula, setupkan volume control anda seperti berikut;



Sudah saya katakan bahawa ini adalah eksperimen. Lalu saya cuba menelefon suspek pertama iaitu ubuntu seekers a.k.a jipang menjerit. Bunyinya agak tidak jelas seperti bunyi radio salah stesen. Tiba-tiba lan rasso secara macho menelefon saya. Sekali dengan suara beliau yang macho dihujung talian. Huyoo.. saya dengan sambungan internet Celcom Broadband dengan LED hijau (GPRS Connection) rupanya boleh menerima dan membuat panggilan telefon menggunakan skype dalam ubuntu.

Eksperimen ke 2, telefon bervideo. Oleh kerana ubuntu support webcam saya, saya merasakan tidak ada masalah untuk saya menggunakannya dengan skype. Rupanya tidak, skype tertutup tiba-tiba setiap kali saya cuba setup video.

Bagi anda yang tidak mempunyai kawan dalam skype sila add saya dengan nickname "zulmalc" dan anda boleh call saya bila-bila masa menggunakan skype. Itupun kalau internet saya mengizinkan..hehe. Semoga artikel ini berguna.

3 comments:

  1. Assamualaikum....

    Aku pernah guna skype. Pada peringkat awal memang best guna dan sound clear. 2 -3 minggu lepas tu tiba2 jer skype aku ader masalah. call boleh, aku dapat dengar suara orang sebelah sana tapi dia orang tidak dapat dengar suara aku. Ngaper ek? So 'tuk hubungi aku bleh call aku guna nickname "ayem36".

    ReplyDelete
  2. Byk kemungkinan tu bro ayem,..

    1. mungkin upload bandwith ko time tu agak teruk. Pernah skali aku punya streamyx 1mb, upload 34kbps je utk seminggu..Allah je la yg faham perasaan aku time tu..seksanya nak upload gambar..

    2. bergantung kepada internet connectivity ko..klu ko access internet pakai wireless broadband, kadang2 voip @ sip ni kurang menyerlah sket..slalu packet lost..based on experienced company aku punya voip system la..

    3. Hardware (microphone jack) ko ada masalah..

    4. Hardware microphone tu ada masalah..

    5. Audio driver ada masalah..

    6. Aplikasi skype tu ada masalah..

    7. Org yg ko call tu pekak..hehehe..

    Anyway, just my 2 cents..aku bukanlah penulis undangan bro Zul ni..sekadar nak kongsi pendapat je..

    ReplyDelete
  3. "atau lupa password untuk akaun skype anda yang lama"

    terase pulak aku..
    kuh3..

    tp baru tadi aku prasan audio in aku salah setup..
    tu yg bunyik salah tune radio smlm..haha
    thanks for the info..

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...