Sunday, March 01, 2009

Tema gelap untuk gwibber - darkilouche!



Sedar tak sedar, gwibber merupakan perisian yang wajib saya buka (selain dari pidgin dan liferea) sebaik selepas ubuntu dihidupkan. Kini apa jua aktiviti saya dan ubuntu boleh pembaca ikuti melalui twitter. Itu merupakan cerita lain dan bukan fokus entri ini.

Sedar tak sedar, gwibber telah mencapai versi 0.8 dan banyak pembaharuan yang telah dilakukan. Beberapa hari lepas saya terjumpa satu tema yang sungguh menarik bagi gwibber yang ditemui di blog jimmac. Ianya tema gelap yang unik yang sesuai bagi mereka yang menggunakan tema GTK yang gelap. Saya mencubanya dalam tema GTK Oxygen dan ianya masih boleh digunakan tanpa kejanggalan.

Download fail tema disini. Untar ke dalam ~/.local/share/gwibber/ui/themes/
NOTA : Bina folder berkenaan jika ia tiada.

Pada preferences gwibber pilih tema darkilouche. Selamat mencuba!

1 comment:

  1. install..install..
    (sejak pkai twitter ni, berminat pulak ngan gwibber ni..haha)

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...