Twitter? Hah pebenda tuh? Kalau setakat nak sosial-sosial ni aku dah tak larat dah. Yang dok ada pun tak larat nak login dah aih..!!Itu respon saya mengenai twitter 2 minggu lepas. Kemudian saya menemui satu perisian yang comel bernama Gwibber dan bertekad untuk mencubanya. Gwibber menyokong akaun pada Twitter, Jaiku, Identi.ca, Facebook, dan Digg. Secara tidak lansung ianya menjuruskan saya kepada mencuba twitter dan sehingga sekarang ini, saya masih belum menyesal mencubanya.
Memasang Gwibber dalam ubuntu 8.10
Masukkan repo berikut;
deb http://ppa.launchpad.net/gwibber-team/ubuntu intrepid mainDan pasang menggunakan command;
sudo apt-get install gwibberJika anda menggunakan ubuntu versi lain sila rujuk sini untuk proses pemasangan.
Sudah daftar dan pasang tu jangan lupa ikut saya yerk? klik sini.
wawawa!! nice entry. Ok nanti ak cuba
ReplyDeleteaku ade akaun twitter tapi dah jadik malas nak update..
ReplyDeletebro zul, ni aku ade KES memang tahap nak hempuk jer laptop aku ni ke dinding. ntah cammane, aku LANGSUNG TAK BOLEH LOGIN KE UBUNTU!!!!!! dah seminggu lebih sampailah ke hari ni.
tiap kali aku masukkan username dengan password (yang betul punyer), gnome/xserver akan SECARA TIBA-TIBA patah balik ke display yang nak masukkan username dgn password..tu jer la yang mesin ni buat, so aku try login melalui terminal lak (ctrl+lt+F1), pun same gak - asyik mintak username ngan password aku - TAKDAK SEPATAH ERROR PUN KUAR.. kalu aku key in salah password ade lak error 'wrong password'.
aku dah cube:
1. login ke recovery mode mase kat grub - habis sume option aku pilih, hampeh jer.
2. mase dalam recovery mode, pilih log ke root, add user baru - try login user baru - pun hampeh gak
3. mintak pertolongan pokcik google - satu pun tak jumpe - mungkin keyword aku kurang tepat, tapi rasanye dah betul tuuuuuu..
SOLUTION
geram sangat, aku nekad terus install semula ubuntu guna live cd (versi 8.10). mase tu tawakal jer le sebab banyak kerja2 aku kat dalam tu. nak backup dah tak sempat (walaupun banyak cara tapi aku nak cepat)..
ni yang BEST - partition /HOME memang aku amalkan tak campur dengan partition /, maknanya aku asingkan ke partion baru. jadi masa proses install semula, cuma partion / saje di format manakala partion /HOME aku kekalkan.
dah siap, bila aku login balik (masih kekalkan user yang lama) TRANG TANG TANG - terkejut badak jap sebab HAMPIR KESEMUANYA KEMBALI SEPERTI SEDIA KALA ! file2 kerja aku dah tersedia ada, dan paling best segala setting berikut berjalan seperti biasa :
1. wallpaper masih kluar yang lama
2. setting firefox aku semuanya ada balik (bookmark, history, stored password...etc)
3. akunye password wifi pun ade gak..tak yah nak bikin balik
yang dah takde,
1. perisian yang aku tambah selain dari perisian default dari ubuntu cam inkscape, deluge dan lain2
2. deluge lak lepas install, aku run, fullamak - sume setting lame muncul kembali - sampaikan torrent yang aku belum abih donlod pun jalan semule...
3. flash, java dan lain memang dah takde - tapi tu sume small matter.
tak dapek nak gambarnya camne gembiranya pokcik skang.
JADI, nasihat pade sume pembaca sekalian, SILA JADIKAN AMALAN UTAMA - partion /HOME korang asingkan dari partition main tu (/)..
kepada zul - aku ingat nak buat entri pasal ni, tapi aku tak sempat nak buat screen shot. harap ko boleh war-war kan tips ni pade rakan2 lain.
salam...
ReplyDeletekes saya hampir sama dengan rizq.
boleh log in tapi skrin jadi zigzag zigzag hitam biru.
jadi cenggini sebab usik usik compizconfiq.
cuma saya tak berapa paham bahagian partition/HOME yang risq buat tu. tak berapa menangkap.
mintak bro zul n rizq bleh wat entri pasal partition ni.
thanxxx
salam...
ReplyDeletekes saya hampir sama dengan rizq.
boleh log in tapi skrin jadi zigzag zigzag hitam biru.
jadi cenggini sebab usik usik compizconfiq.
cuma saya tak berapa paham bahagian partition/HOME yang risq buat tu. tak berapa menangkap.
mintak bro zul n rizq bleh wat entri pasal partition ni.
thanxxx
@rizq : aku pun xbpe paham...leh ko jelaskan sket?
ReplyDeletetang mane tak paha tu zul? aku pecahkan pada 2:
ReplyDelete1. pasal problem tak boleh log masuk, aku pun tak tau apasal, so jalan penyelesaian adalah - REINSTALL balik Ubuntu.
2. tapi nasib aku amat baik sebab partion untuk (/HOME) aku asingkan dari partion system (/). sebab tu bila buat reinstallation , cuma partition system (/) aku format balik manakala partion (/HOME) aku kekalkan.
kalu masih tak faham, cuba rujuk balik entri2 lama ko samada ade tak diceritakan mengenai partition2 yang ade dalam Linux ni..
senang cakap, kalu dalam windos dulu kite selalunya belasah satu partition kan! semuanya dalam C:/, so kalau reformat semula abis la data2 kite dalam tu.
ade gak yang akan buat sekurang2nya 2 partition, satu untuk C:/ (untuk file system, program file) dan satu lagi mungkin D:/ (backup fail, torrrent, mp3). so kalu format balik C:/ pun takkan hilangkan fail2 kite dalam D:/ tu..
Jadi, aku nasihatkan pada rakan2 semua, amal2kan tabiat asingkan partition /HOME tu dari partiton system /.
katakan harddisk korang ade 40GB. masa install ubuntu, pecahkan kepada 2 atau lebih (elok 2 je kot). 10GB untuk partion / dan lagi 30GB untuk /HOME.
aku akan cuba terangkan secara visual, tapi tak janji bile sebab nak dapatkan screen shot tu agak lambat. harap2 ko faham dan dapat buat entri pasal ni.
@rizq : aku lg xpaham...camne ko leh setkan partition lain sebagai /home. spanjang aku tahu slash (/) pertama ialah root dlm linux filesystem. so bila ko tulis /home, automatik ia still bawah root. dan bwah root bermakna dlm 1 partition yg diformat dlm filesystem tertentu.. klu ko nk cakap yg ko setkan (home) dalam partition lain, camne ko buat? aku xpnah wat lg. agak keliru gak ngn penerangan ko.hahah
ReplyDeletesememangnya (/) tu partition root dan /home juga sebahagian dalam root tu.
ReplyDeletecume perbezaannya, ape yang aku galakkan adalah dengan mengasingkan partition /home tu semasa nak install ubuntu.
jadi, kalau nak resinstall semula ke, takdelah kene reformat semua partition yang kite ade, cume root je format manakala /home dikekalkan.
kalu tak paham gak, aku sibuk2kan diri tolong buat entry baru. mungkin bukan expertnye penerangan tapi pengalaman seorang newbie yang ingin berkongsi saje.