Wednesday, November 05, 2008

Idea untuk GNOME 3.0 : Adakah kita perlukan titlebar?

Ingin saya bertanya secara jujur, berapa ramai yang melihat kepada titlebar untuk mengetahui "tetingkap perisian apa" yang sedang aktif? Dan berapa ramai pula yang melihat kepada titlebar untuk membaca "title" dan untuk mengetahui nama perisiannya?

Lihat kepada screenshot dibawah;



Katakan tetingkap tersusun seperti diatas. Secara normal, adakah anda membaca title bar untuk beralih ke tetingkap firefox (dibelakang) yang tidak aktif? Bagi saya, saya tidak membaca pun title bar. Samada saya melihat kepada ikon firefox atau saya terus memilih satu persatu untuk beralih ke tetingkap yang lain.

Jika konklusinya ialah, kita tidak lagi perlukan titlebar, apakah yang ingin anda lihat dalam versi GNOME 3.0 nanti? Pertamanya, ia tidak sepatutnya meniru mac osx yang meletakkan pilihan menu pada panel. Ia juga tidak sepatutnya kekal dengan style tradisional bagi tetingap dalam windows iaitu pilihan menu dibawah titlebar.

Disini saya ideakan, apakata kalau pilihan menu pada titlebar? Saya telah mockupkan idea ini seperti dibawah;
Image Hosted by ImageShack.us
Saya menimbangkan beberapa perkara iaitu;
  1. Titlebar biasanya digunakan untuk mengerakkan tetingkap. Lalu fungsi ini harus dikekalkan - rujuk kawasan yang ada petak-petak adalah tempat untuk menggerakkan tetingkap.
  2. Tetingkap harus ada identiti dan ia ditandakan dengan ikon - lihat ikon inkscape dibahagian kanan.
  3. Pengguna harus boleh 'klik' pada satu tempat untuk aktifkan tetingkap - samada klik pada ikon atas belah kiri atau klik pada bahagian petak-petak.
  4. Masalah dengan tetingkap bersaiz kecil seperti Pidgin. Pilihan menu secara dropdown.
Tapi last-last saya rasa idea diatas agak berserabut (cluttered). Saya buat mockup ni sekerat jalan, saya dah fikir macam-macam kemungkinan. Tapi alang-alang buat, biar sampai buat entry terus. Adehh!!

8 comments:

  1. saya masih tgk title bar..
    xdak title bar, tak user frenly ler

    ReplyDelete
  2. kalau xder pun ok gak..nampak smart hahaha..tapi kena ader gak ar..nak bagi orang tau kan... aper yg tgh running

    ReplyDelete
  3. Tadi terbace satu brite tu . . . mungkin korang dah biase kot dengar brite2 camni . . . Tp Skadar perkongsian . . .

    http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Mutakhir/20081105192226/Article

    Harap dapat menceriakan serta menambah semangat pejuang2 OSS diMalaysia. . .

    Wassalam

    ReplyDelete
  4. @anonymous ; thanks 4 the link..mygosscon arini...hahaa esok ada lg..

    @hacker125 : idea budus dr aku..ekeke...

    ReplyDelete
  5. huhu xde title bar... x proper la...

    ReplyDelete
  6. @m : oo yeke...hehe.. nmpaknya idea aku yg ni xleh pakai la..ekeke

    ReplyDelete
  7. keke... xtaula bleh pkai ke x, cuma mcm kita blik smula ke zaman komputer xde GUI dlu la kot ;) kita main komputer dgn memasukkan command line je...
    tp ironi nye, mosh bminat guna linux sbb mosh suka environment yg serba mencabar, sbb mosh pk kalau nk guna linux kena pkai command line je, tp bila mula2 dpt ubuntu... mmg dh advance dh linux time tu

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...