Saturday, November 15, 2008

Uruskan sekolah dengan SchoolTool dari Shuttleworth Foundation

Saya tidak begitu pasti sistem apakah yang digunakan untuk menguruskan sesebuah sekolah - maksud saya bagaimana pelajar dan jadual diuruskan. Shuttleworth Foundation baru-baru ini mengumumkan SchoolTool yang mereka bangunkan sudah mencapai versi beta dan dijangka akan diumumkan pada tahun 2009 untuk versi penuh.

SchoolTool Project merupakan satu usaha membangunkan perisian pengurusan sekolah yang melibatkan pengurusan pelajar dan penjadualan. Ianya dibangunkan berasaskan sumber terbuka bermakna anda boleh memilih samada menjadi end user atau memperkemaskan lagi sistem tersebut bersesuaian dengan kehendak dan suasana penggunaan anda.



Saya memikirkan betapa indahnya jika sistem pengurusan sekolah agama rakyat (SAR) dan beberapa sekolah swasta yang lain menggunakan sistem ini dalam pengurusan sekolah mereka. Secara tidak lansung mereka juga akan menggunakan ubuntu sebagai sistem operasi di sekolah mereka. Adakah anda melihat potensi itu?

Jika anda perlukan apa-apa pertolongan tentang ubuntu dan perisian, sila hubungi saya.

7 comments:

  1. Satu penemuan yang bagus. Saya sebagai bakal guru pun tak pernah terfikir tentang sistem pengurusan sekolah ini. Mungkin saya boleh cuba explore dulu perisian ini dan akan updatekan kepada zul.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  2. Ya Allah!!! dah bertahun aku carik software system maklumat pelajar yang open soucer... akhirnyer terjumpa jugak aku.. hahaha... insyaAllah system ni akan digunakan kat Madrasah Darussalam, Losong, Kuala Terengganu.. thanks abg zul!

    ReplyDelete
  3. ini sesuatu yang bermanfaat, dedahkan system ini pada rakan2 guru yang lain... tentu ramai yang belum lagi tahu mengenai system ni.... terima kasih zul...

    ReplyDelete
  4. sama2.. hepi plak aku korang bagi respon bagus utk software nih...

    ReplyDelete
  5. Bagus sebab sebelum ni saya cuma pernah membangunkan laman web untuk pengurusan sekolah dan kehadiran. Tapi tak terfikir plak untuk buat sistem jadual.

    Mungkin, inilah yang dinamakan komuniti

    ReplyDelete
  6. Aplikasi ini disediakan dalam edisi Edubuntu. Menu pemasangan Edubuntu juga senang untuk setup satu "thin client setup" di mana, satu PC yang bagus (1GB, Pentium 4) setup sebagai thin client server, dan computer lama (PII/PIII/64MB) boleh gunakan aplikasi terkini daripada server. Elok untuk menyediakan satu lab, dengan computer lama tetapi dapat menggunakan applikasi terkini (dan bukan Win98)

    ReplyDelete
  7. @kaeru : thanks bro..aku baru check pasal thin client.. http://doc.ubuntu.com/edubuntu/edubuntu/handbook/C/ltsp-tcm.html

    bagus klu buat documentation sket lg dlm bm..huhu

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...