Friday, November 07, 2008

Jalan ke FOSS.MY'08

Saya kira anda sudah menetapkan tentang perkara ini : PERGI @ TIDAK. Namun anda samasekali masih belum terlewat untuk memikirkannya kembali. Bro wariola telah menggariskan 6 sebab mengapa foss.my 08 wajib dimasukkan kedalam kalendar aktiviti 2008 anda.

Foss.my 08 bakal mengumpulkan segenap peminat OSS yang terdiri daripada geeks, bloggers, software developers, distribution developers, professionals, students dan bermacam lagi. Jika selama ini anda hanya mengenali seseorang itu menerusi nickname dalam irc, forum, blog dan sebagainya, esok anda akan mengenali mereka-mereka ini secara nyata bukan lagi secara maya.

Dimana?

Dimana menjurus kepada bagaimana untuk sampai kesana? Saya secara peribadi akan turun ke Kuala Lumpur malam ini dan apabila sampai esok terus menaiki LRT Star ke hentian bukit jalil.



Khabarnya, perkhidmatan shuttle dari hentian lrt bukit jalil ke APIIT telah disediakan oleh pihak penganjur. Sepertimana biasa, rancang perjalanan anda esok dengan merujuk laman disini.

Aktiviti?

Selain daripada talk (yang saya meragui adakah diri saya boleh istiqamah dalam mendengarnya), pihak ubuntu malaysia merancang aktiviti yang lebih menarik (bagi saya personally) iaitu Ubuntu Session! Antara yang dirancang ialah;
  • Install fest
  • OpenOffice.org short briefing
  • Demo
  • CD/ISO distribution
  • Subject Matter Expert
Syarat pergi?

Sebenarnya saya tidak begitu menyangka (saya tak faham tentang ayat ini) yang event ini memerlukan anda membayarnya yang termasuk kedalamnya bayaran tersebut ialah makanan dan tshirt. Percaya atau tidak, hingga ke hari ini saya masih belum mendaftar dan masih belum membayar dan jika anda juga seperti saya, RM50 perlu disediakan untuk melicinkan penyertaan anda pada hari tersebut.

Saya juga tidak begitu pasti bagi kes anda yang datang yang hanya untuk menemui orang-orang tertentu atau ingin join sesi ubuntu yang tidak dimasukkan kedalam aktiviti rasmi foss.my - adakah perlu dibayar juga atau tidak? Sebenarnya saya bukan minat sangat nak ikuti talk2 ni apalagi tajuk yang bakal diperbincangkan kebanyakkannya diluar minat saya.

Jangan lepaskan peluang - mungkin jarang-jarang ditemui!



Jika anda cenderong untuk mendapatkan beberapa cenderahati tertentu seperti tshirt ubuntu atau fedora atau sticker ubuntu dan seumpama dengannya, jangan lupa singgah seminit dua. Jika anda mempunyai masalah dengan laptop anda, atau internet yang lembab tidak dapat upgrade dan sebagainya, anda juga dijemput dan kita akan fikirkan masalah anda bersama-sama. Amacam?

13 comments:

  1. menarik program ni ..
    tapi kali ni aku x boleh nk pegi la plak ...
    ade keje yg perlu diselesaikan ....

    ReplyDelete
  2. blom byar lg ke??
    baik ko cpt..
    dngar je ape yg dbualkan..
    mne tau ade yg bergune buat post kat blog ko..
    hehe..

    p/s:aku nnt bwk SLR pnjam..haha

    ReplyDelete
  3. @ben : ayark...yeke? rugi tuuu...hehe

    @jipang : hahaha...esok jela aku daftar...mls la plak..hahhahah..ada dslr bez la sket posing..wakakaka...

    ReplyDelete
  4. @melayubuntu : yela ... alamak .. time x kena tul la keje ni pun .... memang rugi tul ...

    @jipang : SLR tu bawak2 la ke sne ... kang boleh tangkap gambar menarik ... kang post la kat blog ...boleh jgk aku tgk2 ...

    ReplyDelete
  5. dalam keadaan aku macam ni mungkin aku susah untuk sampai kesana.

    ps : teringin nk dptkan baju ubuntu tu, msh ada stok utk aku!?

    ReplyDelete
  6. nak pergi... [tgh exam and kat miri]

    ReplyDelete
  7. terasa nak gi...tapi bz giler ar...

    ReplyDelete
  8. Tentang Foss.MY'08 ni....
    aku baru je mendapat idea bagi sesiapa yang x dapat g ke Foss.... (ntah mcm ne leh dapat idea ni pun aku xtau la)....

    Macam ne kalau Admin Foss setup satu camera or buat video clip Foss08 ni ...
    kalau nk buat ONLINE boleh jugak ...
    boleh sama2 kte tgk LIVE mcm ne Foss08 berjalan dan topic2 yang dibincangkan ...

    Macam ne kawan2 ???
    Pendapat anda sekalian ...

    ReplyDelete
  9. adeh kne bayo ke??kalo cam2 tepakse la aku g amik bju je..buget btl2 ckp utk bju je ni..hehe

    ReplyDelete
  10. aduh...siot tul la... aku de final exam lak isnin dpn.. da lama x online.. sian kat aku..huhuhuh kempunan...:(

    ReplyDelete
  11. booth yang jual baju ubuntu tu kat mana?
    kat luar atau kene register pastu baru leh beli?
    pukul bape booth tutup?

    ReplyDelete
  12. hey its nice to meet your guys :D friendly and awesome :D

    ReplyDelete
  13. adeh aku kecewa..xdpt nk g amik bru..ingat booth kt luar rupenye kt dlm..da smpai pintu dpn tgk kne register dl..rm50 lak tu..trs stat kete balik umah smbg tdo..

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...