Membuang ubuntu dualboot windows dan memasang windows selepas ubuntu

Ubuntu untuk semua manusia dan saya tegas dengan pendapat tersebut. Namun jika anda merasakan ubuntu bukan untuk anda selepas memasangnya melalui cara dualboot, cara membuang terus partition ubuntu bukan satu penyelesaian yang bijak. Ini kerana ketika pemasangan ubuntu GRUB telah mengantikan MBR (512 byte 1st boot sector dalam data storage seperti HD ect) dan membuang ubuntu bermakna anda juga membuang GRUB.


konsep asas proses booting ke ubuntu

Recover MBR menggunakan Windows Installation CD

Selepas anda membuang ubuntu, anda akan mendapati anda tidak lagi boleh boot (masuk) kedalam windows. Penyelesaiannya, anda perlu mengembalikan MBR yang pernah digantikan oleh GRUB. Apa yang ada perlukan ialah Windows Installation CD yang anda perolehi semasa membeli komputer (atau yang anda perolehi dengan harga RM15 di kedai-kedai tertentu).

Cara-caranya;

1.Masukkan CD windows tadi kedalam drive dan apabila menu pertama keluar tekan butang "r" pada keyboard untuk masuk kedalam recovery console.

2.Pilih partition yang mempunyai windows didalamnya (pastikan anda tahu partition mana) dan masukkan administrator password jika perlu.

3.Masukkan command berikut;
C:\> fixmbr
C:\> fixboot
C:\> bootcfg /rebuild
C:\> exit
Selepas memasukkan bootcfg, kemudian anda ditanya tentang load identifier. Taipkan apa sahaja seperti "windows" atau "windows sucks" atau apa juga yang anda suka. Pada OS Load Options, sila biarkan ia kosong tanpa memasukkan apa-apa dan tekan ENTER.

Anda akan boleh masuk kedalam windows sebaik selepas anda reboot/restart komputer anda.

Anda juga boleh recover mbr menggunakan ms-sys menggunakan live cd gutsy gibbon kebawah. Mengapa? Dalam versi Hardy dan Intrepid, tidak ada lagi package ms-sys kerana microsoft tidak membenarkan package tersebut digunakan oleh pengguna ubuntu atas sebab ia mempunyai kod msdos(lu pikir la sendiri!).

Rujuk untuk rocover MBR menggunakan Live CD Ubuntu.

Recover GRUB (Memasang windows selepas ubuntu)

Saya telahpun menulis tentang perkara ini dalam entry berikut : Reinstall GRUB Loader

Semoga tulisan ini bermanfaat.

Artikel berkaitan dengan kategori...



7 comments:

Harith said...

Microsofk tak reti bermasyarakat ... nak bg ms-sys pun kedekut..ehehe..

Anonymous said...

cam mana nak pasang ubuntu tanpa buang window maknanya nak pakai dua2 boleh ke..mase install ubuntu tu document dalam komputer akan hilang ke cam format tu ke...

melayubuntu said...

@anonymous : sila download panduan pemasangan ubuntu dlm entry sblm ini..

SaLaZ said...

aku biasenye repair boot loader windows gune
fixboot pas2 fixmbr.. gune 2 command tu je dah leh jalan dah ;-)

Anonymous said...

ermm,,leh x ajr cane nk uninstall ubuntu ni??ak pkai dual boot ubuntu ngan xp..ssh ekpon pkai ubuntu ni..arap2 leh r tolong ek..

Post a Comment

Terima kasih atas respon..