Saturday, November 01, 2008

Dari Windows ke Ubuntu : Part 2

Dalam windows, perisian dipasang menggunakan installer .EXE dan .EXE itu perlu didapatkan terlebih dahulu (samada dari CD/DVD, internet, kawan, etc). Dalam ubuntu, cara pemasangan perisian adalah 'pelbagai'. Meskipun saya mengatakan pelbagai, namun ubuntu secara asasnya menggunakan APT (Advanced Packaging Tool) - satu sistem pengurusan package perisian.

Apa itu pakej (package) dan apa pula perisian?

Secara 'praktikal'nya, satu pakej atau satu himpunan pakej akan membentuk satu perisian yang boleh digunakan. Perisian yang boleh digunakan ada yang hanya memerlukan satu pakej dan ada perisian yang memerlukan lebih 30 pakej. APT didalam ubuntu mengandungi tidak kurang dari 20,000 pakej dan proses pemasangan perisian boleh dilakukan menggunakan Synaptic Package Manager, Add & Remove Applications dan juga Terminal.

Synaptic Package Manager : Ianya satu alatan pengurusan pakej dalam ubuntu. Sistem ubuntu memerlukan anda memasukkan password untuk membolehkan anda menggunakannya. Dengan synaptic package manager ini, anda boleh memasang dan membuang apa sahaja pakej dan membuang pakej yang diperlukan oleh ubuntu akan menyebabkan kerosakan pada sistem ubuntu.

Add & Remove Applications : Alatan ini sangat memudahkan kerja pemasangan perisian. Ianya mesra pengguna - hanya memerlukan anda menaip nama perisian yang ingin dipasang, tandakannya dan klik apply kemudian sistem ubuntu akan melakukan tugas selebihnya.



Terminal : Newbie mungkin tidak sukakan terminal. Namun terminal adalah alatan yang paling berkuasa dalam mana-mana sistem linux. Proses pemasangan perisian dengan terminal biasanya melibatkan proses memasukkan kata arahan "sudo apt-get install", atau "sudo aptitude install" dan proses membuang pula ialah "sudo apt-get remove" dan setara dengannya.

Apa tugas pengurusan APT?

APT menguruskan;
  • identiti sesuatu perisian dan pakej yang diperlukan
  • versi sesuatu perisian
  • lokasi (yang dipanggil repository)
  • metadata perisian
Sesuatu perisian mempunyai identiti yang tersendiri dan "unik" - hanya dimiliki oleh perisian itu sahaja. Contohnya pelayar web Firefox yang identitinya ialah "firefox". APT akan merekodkan identiti tersebut, nombor versi, lokasi, dan metadata. Apabila APT diupdate (sudo apt-get update) dan APT mengesan terdapat versi baru bagi "firefox" dalam repositorynya, APT akan memberitahu pengguna komputer dan proses update perisian akan dilakukan.

Repository

APT perlu mengetahui dari mana sesuatu pakej itu boleh didapatkan. Firefox misalnya dimasukkan kedalam repository main dalam ubuntu. Terdapat perisian yang tidak disokong oleh pembangun ubuntu dan tidak termasuk dalam repository main, universe dan multiverse (rujuk software sources). Perisian ini memerlukan anda menambah repository dan ianya dipanggil 3rd party software. Terdapat satu perkara lagi yang dipanggil PPA (Personal Package Achieve) yang biasanya digunakan untuk pembangunan perisian (di launchpad). Anda memerluka PPA biasanya untuk mencuba perisian yang baru diupdate dan masih belum diintegasikan dengan ubuntu.

(NOTE : hanya diterangkan ketahap ini supaya tidak pening)

Fail DEB

Cara memasang perisian juga boleh dilakukan menggunakan fail .DEB. Seseorang pengguna perlu mendapatkan fail .DEB tersebut (melalui internet, CD/DVD, kawan etc) dan kemudian double click padanya seperti memasang perisian dalam windows.

Source Code

Source code perisian biasanya dalam format .TAR.GZ. Pengguna biasanya perlu UNTAR fail berkenaan dan kemudiannya dengan menggunakan terminal memasukkan command-command tertentu kedalam terminal. Ianya tidak digalakkan dan tidak dianjurkan bagi pengguna newbie melainkan jika anda perlu memasang driver bagi hardware tertentu yang diperlukan oleh sistem ubuntu.

Pakej RPM (yang digunakan redhat etc)

Menggunakan alien. Saya tidak akan menerangkan lanjut tentang hal ini (kalau nak tahu sila rujuk emaj).

Proses memasang perisian dalam ubuntu adalah tersangat mudah dari apa yang anda sangkakan. Anda mungkin tidak faham apa yang saya terangkan diatas kecualilah anda mencuba sendiri ubuntu. Apabila anda ingin belajar tentang komputer, jangan hanya belajar teori!

Tamat Part 2.

8 comments:

  1. hohohoho...cukup complete nampak nyer penerangan yg ko berikan..bg diorang tahu bukan payah guna linux skang ni....hehe

    ReplyDelete
  2. betul tu ... Linux ni senang je nk guna ....
    Selain tu, aku ada ambik part 1 dan part 2 ni untuk buat documentation.

    Harap-harap dapat la sebarkan kepada orang yang nk belajar guna Linux/Ubuntu ni supaya diorg lebih faham ....

    Tunggu part 3 plak ... heheheheh

    ReplyDelete
  3. bak kate pepatah,
    kalau nak guna ubuntu, pastikan ada internet.

    ReplyDelete
  4. @anonymous : internet utk proses update ngn main tenet jer...mcm windows jgk..hehe

    ReplyDelete
  5. Ada tak cara untuk download update2 ubuntu ni dalam format .deb? Maksud saya, jika Windows XP/Vista ada 3rd party software "Autopatcher" yang download update2 yang boleh digunakan untuk update tanpa gunakan internet, adakah Ubuntu juga mempunyai sesuatu yang sama?

    ReplyDelete
  6. Market share Linux dah jatuh dari 0.91% kepada 0.71%.Turun 0.2%

    http://marketshare.hitslink.com/report.aspx?qprid=8

    ReplyDelete
  7. aku mau tanye...
    driver nak cari mane?
    ke dah build in??
    malas ar nak semak sume2 post ko...

    ReplyDelete
  8. Salam, bro nak tanya skit nie.., Camne nak setup akaun streamyx kat dalam Ubuntu 9.04 ni? Jawab jgn tak jawab! he..he..
    Tk

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...