Tuesday, November 11, 2008

2 Hari yang indah

"2 hari yang indah. Disana saya berjumpa dengan insan-insan yang menarik, berkenalan, berkongsi idea, pengalaman, dan juga senyuman. Bibit-bibit kemesraan mekar melupakan hakikat bahawa itulah kali pertama mata bertemu mata. Itulah saat nama sebenar dilupakan, dan nickname menjadi identiti perkenalan masing-masing."

Maafkan kerana beberapa hari tiada apa-apa update dari saya. Sebenarnya saya cuba update blog ini namun percubaan itu berakhir dengan hanya menulis beberapa baris ayat dan niat untuk update dibatalkan kemudiannya - tiada idea. Mungkin saya perlu pulang ke workspace saya yang biasa dan barulah idea itu datang. Sebenarnya ianya satu kebenaran. haha!

Ok FOSS.MY 08. Seperti yang saya tulis dalam entri sebelum ini, anda boleh datang tanpa membayar apa-apa bayaran dengan syarat jangan ikuti apa-apa aktiviti rasmi foss. Ubuntu session bukan aktiviti rasmi foss dan anda bebas menghadirinya. Mungkin ada yang membatalkan niat menghadirkan diri kerana bayaran yang dikenakan dan saya rasakan ianya satu tindakan salah faham.

Insyaallah selepas ini saya akan update blog ini seperti biasa.

7 comments:

  1. aku ingat nak pegi ari tuh tp terpaksa kensel...ada hal lain yg lebih penting..kalau tak..ramai blogger aku leh jumpa kat sana...

    ReplyDelete
  2. Update la blog weh.. Ngape malas2 neh. jangan biarkan Melayu buntu. hehe..

    ReplyDelete
  3. o0o0o0o... free pun boleh kaaa..... takper ilmu yang dapat lebih tinggi nilai dari rm50

    ReplyDelete
  4. seronok dapat Rubik seketul
    =)

    ReplyDelete
  5. adeh xbayo pn bole msk ke??rugi2..ari tu bwk duit ckp2 buget je..maklum ler student lg..tgk kne register xjd la masuk..xde rejeki..huhu..

    ReplyDelete
  6. @aPe

    xkene bayar kalo masuk entrance APIIT tu..
    sebabnye aritu aku tanye front-desk kat sane,
    siap mintak izin nak masuk tgk².. :P
    ubuntu community nye booth kat tingkat atas sebelah kanan dari entrance.

    ReplyDelete
  7. ramai yang confuse sbb semua org igt kene bayar untuk masuk. mmg la kalau nak masuk workshop tu mmg la kene bayar.tapi aku harap byk lagi booth yang boleh kita bukak uuntuk memantap kan lagi sesi2 akan datang.

    bukannye apa...tak semua orang boleh join. dan org yang baru nak "belai2" linux agak tergezut nanti dgn idea2 dari worksyop tu...

    zul, kalau ko ada buat t-shirt kecik sikit aku dah belikan dah untuk anak aku yang dua orang tu...qe..qe...

    tq

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...