Monday, November 17, 2008

Sistem pengurusan Cyber Cafe Linux?

Anda sangkakan ia baru dimalaysia? Saya bertanya kepada bro Adi (hardyw3b) dan perbualannya kira-kira seperti berikut (ingat xingat);

Aku : Bro...ade dok agi CC guna linux sepenuhnya kat malaysia??
Adi : Oloh mung....Mung gi kak dungun. Ada sutir situ.

Untuk pengetahuan, terdapat satu sistem pengurusan cyber cafe linux yang dinamakan OSPCC dan dibangunkan oleh geng portal mambang (betulkan saya kalau silap). Artikel tentang cara installasi dalam portal mambang saya selitkan kesini (dan saya harap ia tidak menyalahi mana-mana akta hakcipta).

Dari artikel asal:

..............................

Selepas hampir setahun di uji oleh saudara cham_aragon untuk kegunaan cc Projek Bestari Terengganu, dirasakan sudah sampai masanya kami release ospcc untuk publik.

OSPCC atau kami gelar sebagai system pengurusan cyber cafe adalah merupakan ubahsuaian projek cclfox oleh Bruno Deferrari. Kami cuma mengubahsuai ia agar sesuai untuk kegunaan tempatan dengan semangat open source.

Anda boleh mencuba dengan memuat turun package ospcc.tar.gz dari section download.

Untuk install, anda perlukan sqlite3 dan libfox1.4 .

# apt-get install sqlite3 libfox1.4

Untuk install pada server, ekstrak package dan masuk ke subfolder server dan install package berikut:
# dpkg -i libccls_0.7.0-1_i386.deb ospcc-server_0.7.0-1_i386.deb

Kemudian bina direktory berikut pada home server:
mkdir ~/.ospcc

OSPCC perlukan certificate ssl. Anda boleh gunakan certificate yang datang dengan package atau pun bina sendiri certificate. Certificate yang datang dengan package sah sehingga 1 Dis. 2008. Script untuk membina certificate juga disediakan.
Apa yang perlu anda lakukan ialah copy certificate dalam subfolder "pem" ke folder .ospcc yang kita bina tadi.
 cp *pem ~/.ospcc


Untuk run server, anda boleh gunakan arahan berikut:
 ospcc &

Pada client pula, ekstrak package tadi dan masuk ke subfolder client/Debian dan install package di dalamnya:
 dpkg -i libcclc_0.7.0-1_i386.deb ospcc-client_0.7.0-1_i386.deb

Client juga perlukan certificate yang sama dengan server. Untuk itu, kita perlu bina direktory .cclcfox:
mkdir ~/.cclcfox

Kemudian salin certificate dari subfolder pem.
cp *pem ~/.cclcfox

Untuk run client, guna rahan berikut:
cclcfox -host "ipserver" -name "nama-client"

contoh:
cclcfox -host 192.168.1.2 -name mambang

Pada server, anda perlu benarkan sesi untuk client dengan nama tersebut.

Screenshot ospcc server:


Screenshot screen lock pada client


Screenshot timer pada client


Maklumat detail cara install dan bagaimana membina autostart ada pada file Baca-saya.txt.

Selamat mencuba.

..............................

Teruja? Saya harap artikel ini membantu mereka-mereka yang mencari altenatif sistem operasi windows dan memberikan linux satu peluang.

19 comments:

  1. baguh nie..dah lama aku nak cari software nie..

    ReplyDelete
  2. mantap..aku tak tahu pon ada OSS full bahasa melayu utk pengurusan CC..menarik utk dicuba

    ReplyDelete
  3. Dungun ke?. Kat mane, bagi alamat bleh.

    ReplyDelete
  4. kat sini bang..

    http://wikimapia.org/#lat=4.7562055&lon=103.4108627&z=18&l=0&m=a&v=2&search=dungun%20terengganu

    ReplyDelete
  5. menarik ni...wajib cuba... ;)

    ReplyDelete
  6. @adi : ahahaha...apsal peta mu bagi lengkap gler...siap ada umah gadis yg pernah mu puja...ahaks...

    ReplyDelete
  7. @zul : uik.. jgn kasi tau semua org..

    ReplyDelete
  8. salam...
    http://wikimapia.org/#lat=4.7562055&lon=103.4108627&z=18&l=0&m=a&v=2&search=dungun%20terengganu tu kat mana? bescomm ke? or "rumah awek yang pernah kupuja (ms)"? hahaha...

    ReplyDelete
  9. hhtapi, kalau korang nak tau.. bescomm ni ditubuhkan disetiap parlimen dalam negeri terengganu...
    dan antara matlamat bescomm ialah kearah penggunaan linux... dan ia dibiayai sepenuhnyer oleh kerajaan umno negeri terengganu..
    semua komputer di bescomm tu di"dual-boot"kan winxp dan linux (aku xpasti linux aper)...
    dan yang paling pasti, manusia2 pastinyer membuka window!!! hahahhaa... kalau nak bukak linux tu, setahun sekali la jawabnyer...

    ReplyDelete
  10. Saudara cham_aragon tu adalah rakan sekerja gua...hehehe

    ReplyDelete
  11. bro..

    sy nak cuba software nie tuk cc sy, bleh tlng kasi link tuk download ospcc.tar.gz tak psl sy cari x jumpa2 jugak la..

    plzzzz..... tlng ek

    ReplyDelete
  12. Ak ske entry ni...very useful...

    ReplyDelete
  13. kat mana boleh d/load s/ware ni ?
    saya nak cuba di cc ..

    ReplyDelete
  14. software ni boleh gune for free ker?

    ReplyDelete
  15. software ni boleh gune for free ke?

    ReplyDelete
  16. download software tu kemudian sila semak jenis lesennya..bukan persoalan free & berbayar je yg perlu tahu..

    ReplyDelete
  17. software ni byk bug..tp tu setahun setengah yg lepas lah sy pakai

    ReplyDelete
  18. pc pelanggan aka client pakai linux atau tingkap???

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...