Conky ialah aplikasi system monitor yang ringan bagi X yang memaparkan maklumat tentang sistem komputer anda. Menariknya, anda boleh meletakkan conky pada desktop tanpa memerlukan tetingkap.
Pasang conky dengan klik : Conky
atau masukkan
sudo apt-get install conkySebaik sahaja selepas proses pemasangan anda boleh melancarkan conky dengan Alt + F2 dan masukkan conky. Anda akan melihat sesuatu seperti berikut;

Untuk meletakkan conky pada desktop, anda perlukan fail bernama ".conkyrc" dalam direktori home dengan coding tertentu yang bakal menentukan penampilan conky anda.
Download fail berikut : conkyrc
Namakannya ".conkyrc" (tanpa quote) dan letakkan dalam home direktory. Restart conky dan anda akan melihat seperti berikut;

Coding dalam .conkyrc boleh diubah-ubah dan ianya bakal menentukan betapa geeknya diri anda. Ops, satu lagi, anda mungkin perlu tetapkan pada session supaya conky akan run setiap kali desktop ubuntu dihidupkan. Amacam?



18 comments:
Terima kasih bro Zulmalc atas entri ini. Saya dah siap install pada Ubuntu 8.04 saya. Ianya berfungsi dengan baik. Tapi nak tanya macam mana nak edit fail .conkyrc tuh. Minta terangkan cara terperinci sebab saya ni bukannya geek sangat. Terima kasih.
wau.sgt snng.
thx!
Bro,
Aku pun punya masalah yang serupa. Dah install tapi tak reti nak edit sebab .conkyrc sudah tersorok. Harap dapat bantu.
tumpg tny..klau pasang mende ni load lame x time startup?..huhu..
tak load..kena buat sendiri
hurm.
@jiGOMorrison pegi je kat home folder, tkang Ctrl+h, then nnt hidden file kn kuar.
nk tny..
knp mine pny conky kuar like a window.
try tgk my pny screenshot..
http://www.imagebam.com/image/e004ce18788189
to solve ths i need to always restart my conky after my ubuntu started up.
::???::
saya dah mencuba conky dan hasilnya memang bagus tapi sy xtau macam mana utk exit dr conky.bkn pe,ia mengganggu bl sy bkk perisian lain,i am newbie
@nokiadaun masuk kat
system>adminstrtn>system monitor>process
cari conky.end process.
huhu
@sangcXL3 : xleh tgk pun screenshot ko..hmm..
conky ni mmg xsmpurna..sme mslh dgn sangcXL3...
harap ae sesape yg leh tlg editkn..
http://tinyurl.com/scrnshot1
try link ini.harap2 dpt masuk tgk screenshot.
kpd sangcXL3,time kasih utk tips 2
care plg mudah nk edit conkyrc...
1st korang masok terminal...
pastu taip ni --> sudo gedit ~/.conkyrc
@nokiadaun : aku da lame pkai conky...xde masalah pon...ko silap bwt kot...hehe
care2 nk ltk conky kt startup...
1st...korang tulis ni kt terminal --> gedit .conky_start.sh
2nd...bile gedit da kuar, korang masokkn ni --> #!/bin/bash
sleep 10 && conky;
3rd... pastu save n tutup gedit tu...
4th...tulis ni kt terminal --> chmod a+x .conky_start.sh
5th...pergi kt cni (system->preferences->session->startup programs) pastu tkn add, ltk ni kt command --> /home/(username korang)/.conky_start.sh
ini link conkyrc yg aku bwt...
http://www.box.net/shared/04jnj1hukg
Hai all, bila saya try logo OS dekat atas sekali tu jadi keluar huruf aje, camna nak fix kan bende nie. Tq.
@azmizal : ko xde font OpenLogos...ko kene install font tu dulu...br blh nmpk logo tu...
p/s : aku edit cket ZULMALC pny conkyrc...hasilnye tgk kt blog aku --> http://ichirus.blogspot.com/
Post a Comment
Terima kasih atas respon..