Sunday, November 02, 2008

Mencuba USB Creator dalam Ubuntu 8.10

'Create a USB Startup Disk' atau USB creator merupakan satu alatan baru yang diperkenalkan dalam ubuntu versi terbaru 8.10 atau intrepid ibex. Fungsinya ialah untuk membina Live USB - berfungsi sebagaimana Live CD. Untuk menggunakan live usb yang dibuat menggunakan usb creator ini, anda harus setkan BIOS supaya boot ke dalam USB terlebih dahulu sebelum memilih untuk boot kedalam harddisk.



Proses membuat USB startup disk ini adalah sangat mudah dah straight forward. Anda perlukan;
  • USB drive (pendrive/flashdrive)
  • Satu CD Ubuntu atau Fail .ISO Ubuntu (yang didownload atau dapatkan dari kawan)
  • Ubuntu Intrepid Ibex dalam komputer (komputer tersebut tak perlu ada CD/DVD drive)
Sebelum ini saya telah mencuba alatan ini dalam ubuntu 8.10 versi beta tetapi gagal kerana alatan ini hanya boleh digunakan dalam intrepid ibex versi penuh. Jika anda mencubanya dalam versi ubuntu lama, usb akan gagal di boot dan anda akan dapat melihat busybox.

Alatan ini secara tidak lansung menyenangkan anda membawa ubuntu kemana-mana tanpa perlu membawa CD yang agak sukar untuk dibawa.

12 comments:

  1. boleh ke guna untuk mount Ubuntu 8.04 punya ISO sekali ??
    saje nk tny ...

    ReplyDelete
  2. jadi kita boleh install ubuntu dlm pendrive lebih mudah ke?

    ReplyDelete
  3. @pcformula,

    lebih kurang mcm tu la agaknya ...
    :)

    ReplyDelete
  4. @xordy : dan juga macbook air...hehehe

    @ben : aku xtry lg.. xtaulah leh ke x..

    @pcformula : haah..xyah cd lg...guna pendrive je

    ReplyDelete
  5. nanti nk try la ....
    mana la tau kalau2 boleh ....
    sbb aku dah ada ISO file Hardy ...

    ReplyDelete
  6. zul. kalau kita install ubuntu kat PC yang takde sambungan internet, ada cara tak kita nak update kita punya ubuntu sistem?

    ReplyDelete
  7. kpd sesiapa yg nak try ubuntu kat thumb drive..korg bleh gne unetbootin..korg bleh dorg trus ubuntu intrepix ibex dan mcm2 os lg..
    aku install hardy kat thumb drive..
    senang nak promote ubuntu kat member2..

    ReplyDelete
  8. Out of topic: Zul, blog ni load agak slow la.. nape yeh.

    ReplyDelete
  9. @wathahir : klu xde tenet ada cara update.tp ssh sket la..

    @azrul0999 : yupp...unetbootin satu lg alatan fungsi hmpir sama..

    @MK : yeke? ntah la..bagi aku sama jer...sbb tenet aku lmbab..smua blog lmbat nk load...haha

    ReplyDelete
  10. aku rasa ade orang salah faham. software ni bukan untuk install ubuntu dalam pendrive, tapi untuk install ubuntu guna pendrive

    btw, sesiapa yang still guna hardy, the only option is guna unetbootin, sebab yg ni hanya untuk intrepid. and aku gunakan unetbootin untuk install intrepid beta dalam mini9 aku. laptop/desktop juga digalakkan install guna pendrive nih, sebab lagi laju. aku install ubuntu less than 15mins.

    ReplyDelete
  11. Saya belum pernah cuba lagi. Tapi dalam pandangan saya, mungkin "benda alah" ini menyerupai kickstart dalam fedora/redhat. Tapi ia datang sekali dengan iso.

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...