Saturday, November 15, 2008

Mengambil screenshot dengan Gscrot dalam ubuntu

Mengambil gambar desktop atau screenshot dalam ubuntu tidak pernah susah. Samada anda menekan butang print screen pada keyboard atau menggunakan aplikasi screenshot yang didatangkan secara default dalam ubuntu (tidak termasuk menggunakan terminal). Kemudian saya beralih kepada ksnapshot yang mempunyai fungsi yang sedikit terkedepan jika dibandingkan dengan aplikasi default dalam ubuntu.



Namun sebagai seorang blogger, saya memerlukan sesuatu yang lebih dari itu. Gscrot adalah penyelamat hari saya. Ianya aplikasi yang mantap, lengkap, dan berfungsi sebagaimana sepatutnya ia berfungsi. Gscrot boleh mengambil screenshot dan proses mengambil screenshot adalah seperti berikut;

1.Kawasan screenshot
  • selection : memilih satu kawasan segiempat dan kemudian snap
  • fullscreen : mengambil screenshot pada screen penuh
  • window : mengambil screenshot tetingkap. pengguna boleh aktifkan window border etc.
  • section : mengambil screenshot pada bahagian tertentu pada tetingkap
  • web : mengambil screenshot web
2.Aplikasikan efek

Gscrot dilengkapi dengan plugin yang boleh anda aplikasikan kepada imej screenshot yang diambil. Senarai efek adalah seperti screenshot berikut;



3.Upload ke web



Anda mengambil screenshot tujuan untuk berkongsi. Dan jika itu tujuan anda, gscrot mempermudahkan anda upload ke server imageshack, imagebanana, atau ubuntu-pics.de. Selesai proses upload, satu popup muncul memberikan anda url ke screenshot yang anda upload tadi.

Memasang kedalam ubuntu

Masukkan repo berikut
deb http://ppa.launchpad.net/gscrot/ubuntu intrepid main
Dan install gscrot menggunakan terminal atau klik : gscrot

9 comments:

  1. nampak macam menarik je apps ni ....

    ReplyDelete
  2. @abu qush : 8.04 bleh gak..tp blog ni skrg ni support 8.10..klu nk pasang dlm 8.04 kene ubah repo dari "intrepid" ke "hardy"..thats all..

    ReplyDelete
  3. best..best..

    p/s:iso cd kat desktop tu image Intrepid mse kat FOSS ari tu ke?? kiki ;P

    ReplyDelete
  4. @jipang : tau xper..sape ntah letak..huhu

    ReplyDelete
  5. huhuu..dah dapat akhirnya... menarik jugak yang nie daripada yang standart tuh....

    ReplyDelete
  6. ada tak cara nak tulis caption pada gambar, iaitu keterangan gambar yang tidak menutupi image..

    ReplyDelete
  7. @melayubuntu:aku lerr yg letak tuu..hehe ;P

    harap syarikat yang menyokong opensource boleh beri sokongan sedikit untuk memperkukuhkan kewujudan Linux User Group dalam IPTS. Rujuk laman saya..TQ!

    ReplyDelete
  8. good app, was using it yesterday. Always been on openSUSE but now with Ubuntu 8.10 things might just change..

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...