Sunday, March 08, 2009

Aktifkan Tracker Search Tool dalam ubuntu

Tracker search tool tidak diaktifkan secara default dalam ubuntu. Sebabnya mungkin untuk mengekalkan prestasi komputer adalah pada tahap maksima tanpa perlu membenarkan apa-apa operasi pengesanan data berjalan secara senyap. Mengaktifkannya Tracker search tool pula akan membenarkan fungsi ini terlebih dahulu mengindeks semua kandungan data dalam cakera keras anda dan ini secara tidak lansung akan menurunkan prestasi komputer pada kadaran tertentu.

Itu tidak menjadi masalah jika komputer anda adalah berprestasi tinggi. Saya mendapati dengan mengaktifkan Tracker search tool ini, saya boleh mencari fail-fail dalam cakera keras saya dengan sangat pantas - kurang dari 5 saat. Hanya taipkan kata kungci dan dalam sekelip mata ia akan memaparkan keputusannya.

Untuk aktifkan Tracker search tool, sila pergi ke System > Preferences > Search & Indexing. Setkan kepada imej berikut;



Selepas diaktifkan, anda akan dapati satu ikon kanta muncul pada applet notification area. Ia menunjukkan fail-fail dalam cakera keras anda sedang diindeks dan pada ketika ini prestasi komputer anda akan menurun dan prestasi tersebut akan pulih selepas proses indeksi selesai.

Selepas itu barulah anda boleh klik pada ikon kanta tersebut untuk mencari fail dalam cekera keras anda dengan begitu laju sekali.

2 comments:

  1. Macam mana saya x perasan fungsi indexing ini. Terima kasih kerana sudi berkongsi.

    ReplyDelete
  2. quick finding..
    tp kalau aku lagi suke explore manual..ahahaha

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...