Tuesday, March 31, 2009

Esklusif untuk pengguna windows : Sudahkah anda bersiap untuk 1 April?

Entry ini esklusif kepada pengguna sistem operasi microsoft windows dari versi 2000, XP, Windows Server 2003/8, Vista dan owh! Windows 7!

Beberapa hari lalu saya terbaca tentang perihal Microsft sedang memburu pengguna windows cetak rompak (pirate) di blog aman yang menceritakan tentang apa yang dipanggil WGA (windows genuine advantage). Kini satu lagi BALA bakal menghantui pengguna sistem operasi windows, satu cecacing (worm) bakal menyerang pada 1 April ini (esok).

Cecacing yang dinamakan Conficker (juga dipanggil downup, downadup, kido) ini dikatakan bakal menyerang pengguna sistem operasi windows pada 1 April ini dan memberikan kesan kepada sistem keselamatan komputer seperti mempasifkan antivirus, menghalang pengguna dari memasuki laman web antivirus, mempasifkan sistem automatic update, BITS, windows defender dan error reporting services. Anda boleh membaca lanjut berkenaan cecacing ini di laman web wiki.

Menghadapi Conficker.
  • pastikan anda mengambil segenap langkah pencegahan seperti jangan klik, jangan buka, jangan nakal-nakal di internet dan jangan-jangan - fikir dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara!
  • Persiapkan perisian antivirus - samada yang percuma, berbayar (atau cracked!) - rujuk
  • Persiap CD windows dan juga CD driver untuk tujuan format semula (hehe)
  • Buang je windows, jom guna ubuntu! (paling berkesan)
Bagi kami pengguna ubuntu, kami tidak perlu fikir tentang apa itu cecacing kerana sistem operasi kami selamat dari semua itu. Alahai~

18 comments:

  1. nasib baik gua guna ubuntu,tp kan satu hari nnt bila ubuntu semakin top...mungkin akan ada virus semacam os windows skrg kn..tunggu dan lihat,kita buat dia,bukan dia buat kita...harhar

    ReplyDelete
  2. Apa pun,buat masa ni,Ubuntu tetap yang terbaik untuk pengguna biasa seperti aku. Tak ada yang perlu aku risau. Entahlah.. aku rasa cam bebas jer pakai OS ni.. Mybe kalau Ubuntu ni kelak dh banyak virus, harap2 ada OS lain lagi yang macam ni.. Sama tapi tak serupa.. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  3. hehe. Unix users, bawak bertenang ok. Windows sahaja. Hahaha.

    ReplyDelete
  4. kiat harus berdoa agar linux tidak menghadapi masalah seperti ini

    ReplyDelete
  5. huhhuhuhu.. kenapa aku rase cam x logik je sumber terbuka ade virus? wakakaka.. lau ade, mesti cepat2 di patch.. nama pun sumber terbuka..

    ReplyDelete
  6. pihak UbuntuSeekers menyarankan untuk anda mengambil point langkah terakhir..ekeke

    ReplyDelete
  7. hehee...org yg pakai windows nih (yang expert) bende nilah yg diorg suka...mencabar beb... "setiap virus ada penawarnya" ahaks....manual pun insyaallah boleh...

    ReplyDelete
  8. Betul ke aku baca dari blog2 lain kat luar negara claim pasal windows 7 akan memeberi kesan impak besar kepada penguna linux. sbb windows 7 da apply macam2 gui menarik macam ubuntu. n new security, dan macam2 la. aku ade tgok kat wen windows7 nampak macam microsft da mula perang GUI yang menarik dan x makan bnyak performance.and driver windows 7 skang kebnyakan nyer trus lei pakai macam ubuntu, and kalau xde dia provide autosearch driver from internet .dwonload trus lei pakai. ala2 ubuntu gitu.macam da cetak rompak idea opensource os je huhu. lei xsesape wat negative review pasal windows 7 beta. sbb aku xjumpa lg sape2 yg da wat test kepada windows t beta yg bg review xbaek.. semua baek je. aku harap ubuntu Jaunty Jackalope ade kelebihan yg lei buat ubunturian berbangga

    ReplyDelete
  9. Windows 7 mencedok idea dari kubuntu. X yah nafi la. Nama pun open source. Sesiapa sahaja boleh cedok idea namun jauhari lebih mengenal manikam.

    IIS lebih banyak kena serang dgn cecacing berbanding Apache, sedangkan Apache merupakan sistem web server majoriti. Kenapa? Sebab bug IIS hanya Microsoft yg boleh keluarkan patch berbanding Apache yg merupakan sumber terbuka dan sesiapa boleh buat patch tanpa kerisauan mengenai hakcipta.

    ReplyDelete
  10. aku antara beta tester utk Windows 7..
    kesimpulan aku, jangan harap nak kondem Ubuntu..
    security yg macam diwarwarkan tu tak de ape2 pun..
    lagi kuat Linux (sebab virus untuk Windows je)..ahaha..
    Windows 7 buat main game suda..ekeke..

    ReplyDelete
  11. xde ape2 berlaku kat Windows 7 yg aku tgh pakai nih..3 hari xtutp sbb n tegok ape yg jadi.. :) anyway,some kind of april fool lah ni kot...huhu..mayb Virus tu ade,cuma tarikh die dah tukar kot...sbb tarikh tu berdarskn ape yg di cari sndiri oleh M$,andaian jek n M$ sndiri xtahu virus ni akn buat Payload camne...sbbtu die dah letak bounty sebayak 250,000 USD untuk tangkp pembuat virus ni :) very desperate, tp aku ske win7 hehe

    ReplyDelete
  12. update untuk virus ni, removal die leh tengok sini...

    http://www.ghacks.net/2009/03/31/conficker-worm-detection-and-removal/

    ReplyDelete
  13. conficker ni dah menular sejak dari awal tahun 2009 lagi.sekarang ni aku rasa xde kena mengena ngan tarikh 1 April.kebanyakan antivirus da diupdate definitonnya untuk virus ini.aku rasa xda masalah coz nod32 aku dah leh detect and remove conficker ni..kesimpulannya jika anda sudah update antivirus ke definition yang terkini anda tiada masalah dengan conficker serta tarikh tiada kena mengena ngan virus@worm.bergantung pada cara anda menggunakan pc anda.

    ReplyDelete
  14. conflicker aka Downadup.B ni bukan ke dah menular Nov n Dec 2008....customer aku byk kene..pakai win ori ke x ori ke same je...nama pon windows...senang kene attack kekekekke...

    ReplyDelete
  15. windows aku selambe je running 7 hari dari 29hb..takde pun confuker ni

    ReplyDelete
  16. banyak tul site ubuntu duk tembak windows 7 ni.. aku duk pakai win 7 BETA yg tak siap ni takyah pakai antivirus pun selamat jek.. yg dok buat2 virus ni pun desperate nak promote ubuntu mcm la site2 yg suka wat dakyah2 ngutuk microsoft ni.. tak yah la kondem2 windows.. memasing ngan suka memasing..takyah nak mcm budak2 ngutuk2 sedangkan semua user ubuntu yg aku tau mesti dual boot ngan windows jugak.

    ReplyDelete
  17. salam kpada pengarang

    saya juga pernah diserang dengan virus tu, tapi nasib baik kaspersky internet security 2010(ori punya) berjaya bertindak cepat.. tetapi antra kesan yg dihadapi sering kali kaspersky saya tiba disable.. ok

    soal ubuntu plak..
    saya ni baru beberapa hari menggunakan UNR(ubuntu netbook remix)9.10..
    dan saya bercadang untuk buang saja windows..
    tapi amat menyedihkan apabila ubuntu yg baru saya install ni wow slow6 gile.. lembap dan sangat lambat untk response ooo sangat mengejutkn.. sy bukn nk kutuk tapi nk bagitahu masaalah yg sy hadapi ni.. cuma meminta bantuan..
    buat masa ni sy x dapat nk gunakn UNR kerana tersangat perlahan dn mengejutkn skali HANG..
    sy sangat memerlukn bantuan skrang

    ReplyDelete
  18. hardware hang tu kokai. . mana tk install lembab. . pkai 7 lagi la lembab pc hang. . bek anta muzium jela. . jgn dok bising2 kondem os. .

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...