Tuesday, March 24, 2009

Ubuntu Karmic Koala 100% dalam BM dan cabarannya

Alhamdulillah dan setinggi-tinggi terima kasih serta tahniah kepada pengguna ubuntu yang sudah dan akan menjadi penterjemah kepada ubuntu ubuntu di launchpad. Namun, kelihatannya masih bertimbun kerja yang berbaki dan perjalanan kita sebenarnya masih terlalu amat jauh. Pun begitu, izinkan saya mengaris satu garisan masa untuk menunjukkan kita ialah satu komuniti yang menitikberatkan prinsip "sikit-sikit lama-lama jadi bukit", "yang ringan sama dijinjing, yang berat sama dipikul".

Sehingga artikel ini ditulis, terdapat 363,030 dari 440,545 item masih belum diterjemah ke dalam bahasa melayu. Ini sekaligus memberi makna, selama ini kita hanya mampu menterjemah 77,515 item kedalam bahasa melayu (BM). Abaikan soal adakah pencapaian itu memberangsangkan atau tidak. Saya ingin berkongsi idea dengan anda bagaimanakah komuniti ubuntu malaysia akan mampu menafsirkan 100% Karmic Koala ke dalam bahasa melayu apabila ia diterbitkan pada penghujung bulan Oktober tahun ini.

Target saya : 100 perterjemah aktif!
Ulasan : Kita memerlukan (sekurang-kurangnya) 100 orang penterjemah yang komited dengan apa yang ingin dicapai sebelum ubuntu jaunty jackalope muncul pada April ini. Sudah tentu, lagi ramai lagi ringan tugas masing-masing.

Masa yang ada : 6 Bulan = 180 hari = 4320 jam = 259200 minit

Katakan setiap penterjemah boleh melakukan terjemahan 20 item sehari.

100 (penterjemah) x 20 = sehari x 180 hari = 360,000 item siap diterjemah!

Katakan setiap penterjemah boleh melakukan terjemahan 30 item sehari.

100 (penterjemah) x 30 = sehari x 180 hari = 540,000 item siap diterjemah!

Jelas bahawa ianya boleh dilaksanakan SEKIRANYA kita benar-benar komited dengan objektif iaitu 100% BM untuk ubuntu karmic koala. Namun jika kita hanya acuh tak acuh, jangan mimpilah untuk merealisasikan kesemuanya ini.

10 comments:

  1. seruan disahut dengan sedaya upaya :)

    ReplyDelete
  2. Saya mula cuti sem bulan mei ni. Boleh la saya beri masa dalam 2 bulan utk projek ubuntu BM. Saudara zul, macam mana nak join projek terjemahan BM ni?

    ReplyDelete
  3. @SyaFia : Bagus2...jom sama2..hehe

    @Flaming : rujuk sini bro : http://wiki.ubuntu.com.my/Terjemahan_Ubuntu
    Aah time cuti mmg cun nak terjemah ni.. sbenarnya bagus terjemah nih..leh tambah vocab scara praktikal..siyes aku ckp..

    ReplyDelete
  4. pastikan Kamus DwiBahasa Oxford di sebelah kanan anda..
    untuk mengelak sebarang kekeliruan maksud..
    sebelah kanan boleh la letak pisang goreng..
    ekekeke ;P

    ReplyDelete
  5. insyallah bro aku cube promote projek terjemahan ubuntu nih kat kjkm..kat situ ramai jtk..hehehe mane la tahu ramai yg nak bantu...;)

    ReplyDelete
  6. Setakan ni dah ada berapa orang penterjemah Zul? InsyaAllah aku nak join gak, walaupun aku tak pakai Ubuntu secara aktif. Boleh kan?

    ReplyDelete
  7. sehingga saat ini, kira-kira 18% telah diterjemah.

    ReplyDelete
  8. @jipang : haha...tauxpe..jadikan kamus sahabat baik anda...ekeke

    @jtk-im : bagus2 bro...harap ramai yg berminat

    @MK : skrg ni 59 orang... boleh jer bro.sape2 pun boleh..hehehe

    ReplyDelete
  9. aku target malam ni selesaikan deluge, meh la join!
    https://translations.launchpad.net/deluge/1.1/

    ReplyDelete
  10. Ermm kena ada editor sebenarnya untuk proses terjemahan. APa yang paling penting ialah sesudah diterjemah, semak balik sama ada bahasa tersebut atau ayat atau huruf sesuai atau tidak, setakat ni, terjemahan yang dipasang kat komputer aku agak kecewa skit, sebab kita tak ada orang yang semak balik. So sekarang apa yang aku buat ialah aku download balik fail PO, pastu semak balik dengan perisian, agar mudah orang faham. Bukan semata2 terjemah dan akhirnya orang keliru.

    Bagi aku penterjemah ni perlu asas terjemahan. Tak boleh pakai terjemah sahaja tanpa semak balik kebolehfahaman orang yang nak guna perisian tu nanti, jangan jadi terjemahan macam Windows XP yang kelakar tak sudah dah laa.

    Kita kena buat mesyuarat kumpulan terjemahan la. Baru best buat tugasan dan bahagi tugasan. Baru cepat skit siap. Indo yang tak sampai 100 pon lagi laju dari kumpulan kita yang dah lebih seratus.

    10 sen dari aku.

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...