Posts

Showing posts with the label DE

KDE 4.3, Caizen Dilepaskan!

Image
KDE 4.3 dengan kod nama Caizen telah dilepaskan untuk digunakan oleh umum. Versi terbaru ini menawarkan satu persekitaran desktop yang lebih stabil disertakan inovasi terbaru untuk pengguna di rumah dan pejabat kecil. Dalam merealisasikan versi terbaru yang dinamakan Caizen ini, pihak pembangun KDE telah menyelesaikan lebih 10,000 pepijat dan mengimplementasikan hampir 2000 ciri terbaru yang diminta oleh pengguna KDE itu sendiri. Akhirnya, muncullah Caizen dengan penampilan berikut: Anda boleh membaca lanjut "release note" versi terbaru KDE di : http://kde.org/announcements/4.3/index.php .

Mock-up GNOME 3.0 : Pendapat anda?

Via : http://www.stefanoforenza.com/

GNOME 2.26 dilancarkan

Image
Selepas 6 bulan dibangunkan, komuniti pembangun GNOME hari ini (atau semalam-18Mac) telah melancarkan versi terbaru GNOME 2.26 kepada umum. GNOME ialah persekitaran desktop yang memfokuskan kepada mesra pengguna, kestabilan, dan kelas pertama menyokong antaramuka dalam bahasa ibunda pengguna. GNOME 2.26 memperkenalkan beberapa ciri dan fungsi baru yang akan memperkayakan antaramuka ubuntu 9.04 yang bakal terbit tidak lama lagi. Antaranya ialah; 1.Brasero sebagai pembakar CD/DVD dalam GNOME 2.Perkongsian fail yang dipermudah. 3.Evolution memudahkan pemindahan data dan maklumat dari windows. 4.Menaiktaraf pemain media. 5.Pengawalan bunyi yang diintegrasikan dengan PulseAudio. 6.Menyokong berbilang monitor dan projektor. 7.Fungsi hantar/terima fail dan menaiktaraf fungsi panggilan Video & Audio untuk empathy. 8.Menaiktaraf "location bar" pada Epiphany. 9.Pengintegrasian pengesanan cap jari.

Review KDE 4.2 dari seorang pengguna GNOME - Big is Beautiful.

Image
klik untuk zoom fullsize. 1st impression saya tentang KDE 4.2 mungkin anda sudah baca dalam entri yang lepas. Ianya sesuatu yang menarik untuk "memaksa" diri sendiri menyukai sesuatu yang pada asalnya anda tidak suka. Saya menyahut cabaran yang melibatkan kekangan mind-set ini dengan harapan untuk mencari jawapan disebalik persoalan - mengapa peminat GNOME tidak menyukai KDE. Icon yang terlalu besar (king size), toolbar yang sememangnya lebar, dan ditambah pula dengan font yang "bapak besau" dan fat-button menjadikan interface KDE seakan-akan keanak-anakan atau juga interface untuk orang-orang rabun. Oleh kerana KDE adalah DE Open Source yang difahami meletakkan kebebasan (freedom) sebagai asas pembangunannya, kebarangkalian untuk semua itu diperbaiki tetap ada secara teorinya. Dengan kata lain, ianya customizable! Glossy. Saya bukan peminat glossy. Efek glossy pada KDE ialah pada panel dan dashboard. Anda boleh aplikasikan theme yang lain jika mata anda tidak seles...

Lajukan komputer anda dengan Enlightenment

Image
e17 Ada sesuatu yang menarik perhatian ketika saya bertemu dengan otai-otai di FOSS.MY'08 tahun lepas. Ianya ialah Enlightenment ― perisian window manager yang serba ringan dan ringkas. Ketika ini saya agak keliru antara window manager dan desktop environment. Lalu saya mencarinya di Wikipedia dan jawapan yang saya perolehi adalah seperti berikut; A window manager is computer software that controls the placement and appearance of windows within a windowing system in a graphical user interface. Most window managers are designed to help provide a desktop environment. They work in conjunction with the underlying windowing system which provides required functionality such as support for graphics hardware, pointing devices, and a keyboard, and are often written and created using a widget toolkit. Jika GNOME dan KDE terlalu berat untuk komputer anda, selain dari XFCE dan OpenBox, Enlightenment adalah sesuatu yang berbaloi dicuba. Versi stabil bagi Enlightenment ketika ini ialah v0.16 (...