Wednesday, March 11, 2009

Memasang GNOME Global Menu dari PPA



GNOME Global Menu ialah satu pakej applet untuk menghasilkan menu sesuatu perisian pada panel GNOME. Dengan kata lain, pakej ini adalah satu pengaplikasikan semula konsep menu dalam sistem operasi Mac OSX dan sesuai digunakan untuk mereka yang meminati konsep menu sebegini.

Jika dahulu pakej ini sangat sukar dan berisiko untuk dipasang, kini ianya boleh dipasang menggunakan PPA, terus melalui APT dan mempunyai sistem kemaskini pakej yang sama dengan perisian lain. Masukkan PPA berikut;

Jaunty Jackalope:
deb http://ppa.launchpad.net/globalmenu-team/ppa/ubuntu jaunty main
Intrepid Ibex:
deb http://ppa.launchpad.net/globalmenu-team/ppa/ubuntu intrepid main
Hardy Heron:
deb http://ppa.launchpad.net/globalmenu-team/ppa/ubuntu hardy main
Update metadata APT dan masukkan command berikut ke dalam terminal kemudiannya;
sudo apt-get install gnome-globalmenu
NOTE : Pastikan anda buang pakej Global Menu yang lama jika anda telah memasangnya sebelum ini.

Pakej ini masih tidak menyokong beberapa perisian seperti Firefox, OpenOffice.org, Scribus dan perisian lain yang tidak menggunakan widget GNOME (seperti perisian untuk KDE, Java, dan sebagainya).

Sebaik selepas proses pemasangan selesai, apa yang harus anda lakukan ialah;
1.Tambahkan applet (klik kanan pada panel > add to panel > Global Menu Panel Applet > Add).

2.Klik pada applet tersebut dan pilih preferences.

3.Aktifkan (enable) Global menu for gnome applications.

4.Buangkan applet lain seperti menu utama, shortcut perisian dan sebagainya supaya menepati citarasa anda.

Respon jika ada kekeliruan.

6 comments:

  1. "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk." (At-Nahl 16:125)

    Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya....dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq

    ReplyDelete
  2. dah lama sy tercari-cari cara nak wat menu mcm mac ni.. tq. zul

    ReplyDelete
  3. dah stable ek? huhu. suka menu camni! yea!

    ReplyDelete
  4. @anak pendang : Yups...Syukran atas ziarah..hehe

    @wanadlan : hehe..sama2 bro..

    @abdus : aku try dari td g dan xde prob stakat ni..hehe

    ReplyDelete
  5. wah ni yang aku tercari-cari ni.menu macam mac os x.tq zul

    ReplyDelete
  6. asalamualaikum...APT 2 ape?nak carik katner?
    aku pengguna baru ubuntu...minat ngan mende d atas...
    so x tau ape yang u bagitau kat atas..
    sape yang baek ati...tololg ajar...
    besor pahalenyer...

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...