Posts

Showing posts with the label email

Postler : Aplikasi Email Elementary Dilepas Bebas

Image
Elementary atau Projek Elementary, merupakan sebuah projek yang bercita-cita besar untuk menghasilkan sesuatu yang lebih besar dari sekadar tema, ikon dan seumpamanya. Mereka ketika ini sedang bergerak ke arah sesuatu yang mereka gelarkan Elementary-OS yang boleh dirujuk melalui http://elementaryos.org/ . Untuk mencapai objektif itu, pembangun projek Elementary telah menghasilkan pelbagai idea, dan juga aplikasi berserta kod yang telah siap untuk dicuba dan antaranya ialah Postler, iaitu satu aplikasi Email Client sepertimana Evolution (yang kurang digunakan dalam ubuntu) atau Thunderbird. Kini, aplikasi Postler ini boleh dipasang ke dalam sistem operasi ubuntu menggunakan PPA dan kata arahan berikut; sudo add-apt-repository ppa:postler-dev/ppa sudo apt-get update sudo apt-get install postler Selepas pemasangan, Postler boleh dilancarkan melalui Applications > Internet > Postler Selamat Mencuba!