Wednesday, October 22, 2008

Mac4Lin Release Candidate


Saya ialah peminat paparan antaramuka (interface) Mac OSX. Merasakan bahawa ramai antara pembaca melayubuntu berkongsi minat yang sama, Mac4Lin adalah pakej tema OSX yang paling lengkap dan dengan terbitnya versi release candidate ini, segalanya menjadi lebih senang untuk diaplikasikan ke desktop GNOME anda.

Menjadi tradisi saya menulis di melayubuntu, saya tidak akan menulis sesuatu yang saya belum cuba (atau saya akan nyatakan yang saya belum cuba). Secara peribadi saya telah mencuba Mac4Lin RC ini kedalam desktop intrepid GNOME 2.24 dan theme manager memberi amaran bahawa terdapat engine tema tertentu yang tidak compatible (atau tidak terinstall). Saya beranggapan tema Mac4Lin ini tidak dibina untuk GNOME 2.24.

Jika anda menggunakan hardy (yang menggunakan GNOME 2.22), saya rasa masalah ini tidak timbul.

Apa yang baru?

Saya tidak akan bercerita tentang perubahan minor disini. Apa yang paling saya perasan ialah Mac4Lin RC ini didatangkan dengan installer (script). Double click fail Mac4Lin_Install_v1.0_RC.sh dan script tadi akan melakukan tugas pemasangan dan pengaplikasian secara automatik.

Pun begitu, script tadi masih tidak sempurna. Terdapat beberapa item yang tidak terpasang secara automatik. Saya juga perasan bahawa installer tadi mengubah beberapa setting seperti mengubah butang-butang pada title bar tetingkap ke kiri dan sebagainya. Kesimpulan saya, ia berbaloi untuk dicuba dan jika ada masalah ajukan ke ruangan komen.

2 comments:

  1. Assamualaikum dan salam sejastera....

    Bro zul, camna nak download edubuntu ibex untuk dijadikan live cd? Pas tu satu lagi camana nak download repos untuk diburnkan dalam dvd? Dan saya dah dapat computer ( 3 buah jer) untuk student saya. Kalau bro masih berminat nak masukan berita penggunaan edubuntu dalam kelas pendidikan khas bermasalahan pembelajaran dalam emaj saudara edisi ke 2 boleh hubungi saya. Minggu depan mungkin pengetua saya akan rasmikan secara ringkas.

    ReplyDelete
  2. salam bro zul,
    dah try mac4lin ni tapi tak jadi macam mac pun. i'm using feisty 7.04. ke tak boleh guna yang ni? mohon tunjuk ajar :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...